Hon Hai ambil alih Sharp

Hon Hai ambil alih Sharp

TAIPEI, 30 Mac – Gergasi teknologi Taiwan, Hon Hai mengatakan ia akhirnya mengambil alih syarikat pembuat elektronik Jepun, Sharp dalam satu ‘perjanjian bersejarah’ bernilai 389 yen (AS$3.5 bilion).

Ia merupakan pemerolehan asing pertama ke atas firma elektronuk besar Jepun dan berlaku selepas beberapa minggu penangguhan, dengan Hon Hai membeli 66 peratus saham penguasaan.

Namun suntikan wang tunai daripada Hon Hai—pemilik multinasional Foxconn, pemasang terbesar dunia bagi iPhone dan iPad—adalah lebih murah daripada yang ditawarkan sebanyak 489 bilion yen yang dibentangkan dalam Februari.

Hon Hai memberhentikan pengambilalihan bulan lalu, sejurus selepas ia pengumuman pertama, untuk mengkaji semula maklumat baru daripada Sharp yang dipercayai berkaitan dengan liability besar syarikat itu.

Logo Sharp Corp kelihatan di hadapan pelancong China yang berdiri di luar kedai runcit elektronik itu di Tokyo, Jepun, 30 Mac. – Reuters
Logo Sharp Corp kelihatan di hadapan pelancong China yang berdiri di luar kedai runcit elektronik itu di Tokyo, Jepun, 30 Mac. – Reuters

Pengasas Hon Hai yang periang, Terry Gou mengatakan dia ‘teruja’ dengan ‘pakatan strategic’ itu.

“Kami mahu mencapai banyak perkara dan saya yakin kami akan membongkar potensi sebenar Sharp dan mencapai kejayaan besar,” katanya dalam satu kenyataan bersama.

Presiden dan CEO Sharp, Kozo Takahashi menambah bahawa langkah itu akan mengembangkan pengambilalihan dan ‘mempercepatkan inovasi.’

Kenyataan bersama, dikeluarkan pada sidang media di Taipei, menerangkan pengambilalihan sebagai cubaan untuk menghidupkan semula nasib malang Sharp dan menggelarnya satu ‘pakatan strategik bersejarah.’

ARTIKEL YANG SAMA