Honda Civic terbaru dilancarkan

Honda Civic terbaru dilancarkan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Happy Motoring Sdn Bhd hari ini melancarkan Honda Civic terbaru yang menampilkan rekaan serba mewah, sportif dan futuristik.

Civic generasi ke-10 itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan Happy Motoring Sdn Bhd, Loh Kok Sin dan disaksikan lebih daripada 200 orang peminat kereta dan pelanggannya.

Dengan konsep “Mewujudkan Cara Hidup,” rekaannya cukup berkarisma, selesa dan futuristik. Ia didatangkan dengan dua jenis versi iaitu 1.6 liter enjin di bawah teknologi Earth Dreams dan juga 1.5 liter DOHC VTEC Turbo yang mampu menghamburkan 173 kuasa kuda dengan kekuatan 1,700 sehingga 5,500 rpm dengan gabungan Continously Variable Transmission (CVT) juga di bawah teknologi Earth Dreams.

Selain itu, sistem teknologi yang canggih menonjolkan sistem paparan 7 inci, port USB Apple CarPlay dengan sambungan Hand-Free Telephone (HFT) tanpa wayar dan bonet yang berkeluasan 525 liter.

Orang ramai melihat secara dekat kereta tersebut.
Orang ramai melihat secara dekat kereta tersebut.
Honda Civic terbaru, sempurna dilancarkan dan mula dipasarkan di negara ini yang boleh didapati dengan dua jenis versi iaitu enjin 1.6 liter dan enjin 1.5 liter DOHC VTEC Turbo.
Honda Civic terbaru, sempurna dilancarkan dan mula dipasarkan di negara ini yang boleh didapati dengan dua jenis versi iaitu enjin 1.6 liter dan enjin 1.5 liter DOHC VTEC Turbo.

Honda Civic baru ini mempunyai garis lengkung yang menjadikannya sangat unik apabila terkena pancaran cahaya. Lengkungan bak otot mempamerkan keteguhan dan kekuatan mungkin agak subjektif bagi pandangan setiap orang.

Ia juga menawarkan aspek keselamatan mantap, antaranya beg udara SRS, tali pinggang keledar dengan 3-point Pretensioner, Sistem Anti-Kunci Brek (ABS), Bantuan Penstabilan Kenderaan (VSA), bantuan Hill Start dan isyarat berhenti kecemasan (ESS).