Honduras, Nicaragua catat rekod Zika pertama

Honduras, Nicaragua catat rekod Zika pertama

MANAGUA/TEGUCIGALPA, 5 Feb – Nicaragua dan Honduras mencatat kes pertama virus Zika membabitkan wanita mengandung, kata kerajaan negara di Amerika Tengah itu pada Khamis.

Di Nicaragua, jurucakap kerajaan, Rosario Murillo berkata, tiga wanita yang mengandung antara tiga hingga empat bulan dikesan dijangkiti virus berkenaan dan negara terbabit sudah memulakan program penyemburan nyamuk.

Nicaragua mencatat 29 kes Zika setakat ini.

Sehubungan itu di Honduras, Menteri Kesihatan, Yolani Batres berkata, pihak berkuasa mengesan enam kes Zika dalam kalangan wanita mengandung, kes pertama seumpamanya. Honduras pula mencatat lebih 3,200 kes Zika secara keseluruhan.

Sementara itu, El Salvador dengan lebih 7,000 kes dan bulan lalu meminta wanita supaya tidak mengandung sehingga 2018.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan status darurat terhadap virus Zika yang secara keras membuatkan yang terkena jangkitan akan melahirkan anak yang abnormal, seperti mempunyai kepala yang kecil yang boleh membuatkan kerosakan otak yang kekal. – Reuters