Honey Carsmart hulur sumbangan

Honey Carsmart hulur sumbangan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Dalam usaha membantu badan amal di negara ini, Honey Carsmart Sdn Bhd telah menghulurkan sumbangan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Bengkurong dan SMARTER Brunei.

Penyampaian sumbangan pada majlis yang berlangsung di cawangan Honey Carsmart di Kampung Madewa telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Honey Carsmart, Michael Nyau dan Pengurus Pemerolehannya, Leslie Lai.

Sementara itu, menerima sumbangan bagi pihak Pusat Ehsan ialah Ketua Dasar dan Perancangan Pusat Ehsan, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman manakala itu, SMARTER Brunei diwakili oleh Presidennya, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman.

Leslie Lai ketika ditemui berkata, sumbangan yang diberikan merupakan hasil kutipan daripada promosi Jualan Besar-Besaran Honey Carsmart Sdn Bhd pada Ogos 2016 lalu yang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada lebih 500 orang pengunjung.

Michael Nyau menyampaikan replika cek kepada Ketua Dasar dan Perancangan Pusat Ehsan.
Michael Nyau menyampaikan replika cek kepada Ketua Dasar dan Perancangan Pusat Ehsan.
Leslie Lai menyampaikan replika cek kepada Presiden Smarter Brunei.
Leslie Lai menyampaikan replika cek kepada Presiden Smarter Brunei.

“Jualan kerjasama Pusat Ehsan dan SMARTER Brunei itu berjaya menjual 25 unit kereta terpakai di mana setiap kereta terpakai yang berjaya dijual, $300 akan disumbangkan kepada Pusat Ehsan dan Smarter Brunei sebagai sumbangan amal”.

Beliau seterusnya melahirkan harapan, kerjasama amal seumpama ini akan dilaksanakan pada tahun depan, yang dijangka akan bermula pada bulan Ramadan.

Dalam pada itu, orang ramai yang membeli kereta terpakai di Honey Carsmart bermula 7 Julai 2016 hingga 31 Oktober 2016 ini akan berpeluang menyertai cabutan utama yang akan diadakan pada November 2016 untuk memandu pulang sebuah kereta sebagai hadiah utama dalam Jualan Besar-Besaran berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA