Honffenheim terlepas peluang duduki tangga ketiga

Honffenheim terlepas peluang duduki tangga ketiga

BERLIN, 21 Nov – Hoffenheim terlepas peluang untuk menamatkan hujung minggu di tangga ketiga dalam persaingan Bundesliga selepas terikat seri 2-2 di laman sendiri menentang kelab tercorot Hamburg, semalam.

Hamburg mendahului pada separuh masa pertama hasil jaringan Filip Kostic, tetapi pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi jaringan Sandro Wagner pada akhir separuh masa pertama.

Pemain antarabangsa Switzerland, Steven Zuber meletakkan Hoffenheim didepan empat minit pada separuh masa kedua tetapi mereka dinafikan kemenangan ketika Nicolai Mueller menukar kedudukan menjadi 2-2 pada akhir serangan mengejut pada minit ke-61.

Hoffenheim masih tanpa kalah tetapi berada di tangga kelima dengan 21 mata, di belakang Borussia Dortmund di tangga ketiga dan Cologne di tempat keempat dengan perbezaan jaringan.

Juga mengutip 21 mata adalah Hertha Berlin dan Eintracht Frankfurt, yang menang 2-1 di Werder Bremen semalam.

Florian Grillitsch meletakkan pendahuluan Werder tetapi Alexander Meier diturunkan dari bangku simpanan bagi separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan dengan gol keempatnya musim ini.

Eintracht kemudian menjaringkan gol kemenangan minit akhir menerusi Aymen Barkok, 18, yang juga diturunkan sebagai pemain gantian untuk membuat kemunculannya dalam Bundesliga dan melepaskan rembatan melencong dengan kaki kiri.

RB Leipzig, yang masih lagi mencatatkan rekod tanpa kalah sejak mendapatkan sokongan pada musim panas, melebarkan tiga mata di tangga teratas dengan kemenangan dramatik 3-2 di Bayer Leverkusen pada Jumaat lalu sebelum juara bertahan Bayern Munich tewas 1-0 kepada Dortmund di ‘Der Klassiker” pada Sabtu lalu.

Pemain penyerang Gabin, Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan satu-satunya gol di Signal Iduna Park ketika Dortmund meletakkan kekalahan pertama liga musim ini ke atas pasukan kendalian Carlo Ancelotti itu. – AFP