Hong Kong Airlines mulakan penerbangan ke Kuching

Hong Kong Airlines mulakan penerbangan ke Kuching

KUCHING, 29 Mei – Penerbangan sulung Hong Kong Airlines ke Kuching diberi sambutan semburan air sebaik sahaja beredar menuju ke tempat meletak pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 5.30 pagi semalam.

Penerbangan bersejarah itu, yang mengambil masa tiga jam, 30 minit, meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 1.55 pagi, manakala penerbangan pulangnya pula berlepas pada 6.20 pagi dan tiba di Hong Kong pada 9.55 pagi. – Bernama