Honor 8 pacu pertumbuhan telefon pintar dunia

Honor 8 pacu pertumbuhan telefon pintar dunia

SAN FRANCISCO, 17 Ogos – Hari ini di Akademi Sains California, Honor, sebuah jenama telefon pintar global yang menyasarkan pengguna milenium, melancarkan Honor 8 yang baharu, telefon pintar perdana bagi Honor untuk pengguna telefon bimbit muda dalam mencari sesuatu yang luar biasa.

Di samping itu, Brooklyn Beckham telah diumumkan sebagai duta global bagi Honor, dengan mengeluarkan filem ala dokumentari beliau. Sejak dilancarkan pada Disember 2013 – hanya dua tahun yang lalu – Honor telah mencapai pertumbuhan yang mengagumkan dan telah berkembang sebagai sebuah pemimpin e-jenama yang berinovatif. Produk-produknya kini boleh didapati di lebih 74 buah negara.

Honor 8 dilancarkan di China pada Julai dan tidak lama lagi akan dilancarkan di Eropah. Setelah menghantar lebih 40,000,000 unit pada tahun 2015, Honor telah berkembang 100 peratus tahun ke tahun, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai e-jenama global yang terkemuka. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA