Hopkins rancang rai 28 tahun kerjaya

Hopkins rancang rai 28 tahun kerjaya

LOS ANGELES, 18 Okt – Bekas juara dunia, Bernard Hopkins (gambar) merancang untuk mengingati kerjaya tinjunya selama 28 tahun pada Disember depan apabila menentang Joe Smith dalam pertarungan selamat tinggalnya, seperti yang diumumkan semalam.

Hopkins, 51, juara dunia beberapa kali dalam middleweight dan light heavyweight, akan berada dalam gelanggang bagi kali ke-65 dan pertarungan akhir di Forum di Los Angeles pada 17 Disember.

Pertarungan itu akan menyaksikan Hopkins, dengan nama samaran ‘The Executioner’, berusaha untuk memperbaiki rekodnya dari 55-7-2, dengan 32 knockout menentang Smith (22-1, 18 Kos).

“Ramai orang akan menumpukan ke atas usia saya, sejarah tinju saya dalam sukan itu, gelaran…tetapi saya fokus ke atas satu perkara-mengetepikan Joe Smith,” kata Hopkins mengenai pesaingnya, yang dilahirkan pada 1989-tiga bulan selepas kemunculan profesionalnya.

Hopkins menentang nama–nama besar dalam generasinya ketika kerjaya cemerlangnya, termasuk pertarungan menentang Oscar De La Hoya, Felix Trinidad dan Joe Cazalghe.

Dia tidak bertarung sejak tewas menerus mata menentang Sergey Kovalev dari Rusia pada November 2014, apabila gelaran–gelaran WBA, IBF dan WBO dipertaruhkan.

Smith, 27, hanya tewas satu pertarungan sejak kemunculannya pada 2009, mengumpulkan rekod 22-1 dengan 18 knockout. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA