Hormati bulan Ramadan

Hormati bulan Ramadan

KABUL, 19 Jun (Agensi) – Presiden Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani menyeru seluruh rakyat Afghanistan dan umat Islam di seluruh dunia supaya menggalakkan keamanan dan persaudaraan, ketika umat Islam di seluruh dunia semalam telah mula berpuasa Ramadan.

Dalam mesej yang dikeluarkan oleh pejabat beliau, beliau memberi amaran bahawa mereka yang tidak mengendahkan gesaan bagi keamanan ketika bulan Ramadan dan sebaliknya terus memilih peperangan dan pertumpahan darah ‘seharusnya memahami bahawa mereka tidak ada jalan untuk lari dari kemarahan kakitangan-kakitangan berani pasukan keselamatan kebangsaan negara.”

Beliau merujuk kepada Taliban yang telah tidak mengendahkan gesaan bagi keamanan oleh kerajaan dan meneruskan serangan bersenjata mereka yang bukan saja terhadap pasukan keselamatan tetapi juga terhadap sasaran awam.

Sebelum Ramadan, hampir kesemua masjid di negara itu, rakyat Afghanistan yang sudah bosan dengan peperangan, telah berdoa kepada Allah agar keamanan dan kestabilan akan dikembalikan di Afghanistan.

Seorang peniaga di Afghanistan mula menjual tasbih bagi tujuan ibadah di bulan Ramadan. – AFP
Seorang peniaga di Afghanistan mula menjual tasbih bagi tujuan ibadah di bulan Ramadan. – AFP

“Peperangan yang berlarutan telah memusnahkan negara kami, perpaduan kami, persaudaraan kami dan segala-galanya, Ya Allah, rahmatilah kami untuk mencapai keamanan, kemakmuran, persaudaraan, dan perpaduan negara yang berkekalan,” imam berdoa selepas menunaikan solat pada malam Ramadan pada Rabu lalu.

Ramadan adalah bulan keamanan, keampunan, toleransi, dan perdamaian, kata imam, yang menyeru pihak penentang bersenjata supaya menghormati Ramadan, bulan keampunan, dan menghentikan pertikaian, sekurang-kurangnya ketika bulan Ramadan.