Hormati, hayati Lagu Kebangsaan, Bendera Negara

Hormati, hayati Lagu Kebangsaan, Bendera Negara

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Bagi menyemai semangat patriotisme dalam diri setiap para pelajar dan menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara, Unit Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Jabatan Penerangan, hari ini, meneruskan lagi Taklimat Kenegaraan ‘Menghayati Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara’ yang berlangsung di Bilik Perpustakaan, Sekolah Menengah Lambak Kiri, di sini.

Taklimat yang dihadiri lebih 160 orang penuntut Tahun 7, serta guru-guru kanan di sekolah berkenaan itu disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Haji Salleh bin Haji Yusof.

Turut hadir ialah pengetua sekolah berkenaan, Hajah Sarifah binti Haji Matsawali.

Haji Salleh semasa menyampaikan Taklimat Kenegaraan di Bilik Perpustakaan Sekolah Menengah Lambak Kiri.
Haji Salleh semasa menyampaikan Taklimat Kenegaraan di Bilik Perpustakaan Sekolah Menengah Lambak Kiri.

Semasa taklimat itu, Haji Salleh antara lain menyentuh mengenai dengan tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dengan lebih terperinci.

Di samping itu, para pelajar juga berpeluang untuk menyaksikan tayangan klip video mengenai bendera yang dikendalikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Haji Rahime @ Haji Maznibi bin A. Haji Anuar.

ARTIKEL YANG SAMA