Hormati lagu dan bendera negara

Hormati lagu dan bendera negara

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan di Jabatan Penerangan meneruskan lagi taklimat kenegaraan bagi penuntut maktab dan sekolah menengah di seluruh negara di Sekolah Menengah Sayyidina Hussain, Jerudong, hari ini.

Taklimat dihadiri lebih 200 orang pelajar dari Tahun 8 itu berlangsung di dewan sekolah bertujuan mengoptimumkan penghayatan dan pemahaman dalam kalangan para pelajar dalam lagu kebangsaan dan bendera negara, berdasarkan falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB).

Ia juga bertujuan menyemai perasaan cinta kepada bangsa, agama, raja dan negara selain mengukuhkan semangat perpaduan, patriotik dan kenegaraan tinggi dalam kalangan pelajar serta menggalakkan pelajar menghormati dan menjiwai bendera negara dan lagu kebangsaan.

Awang Ali Termizi menjelaskan objektif bagi mengoptimumkan khususnya dalam kalangan para penuntut terhadap lagu kebangsaan dan bendera negara ke arah kesedaran hidup berbangsa, bernegara, beragama yang berdasarkan falsafah negara Melayu Islam Beraja.
Awang Ali Termizi menjelaskan objektif bagi mengoptimumkan khususnya dalam kalangan para penuntut terhadap lagu kebangsaan dan bendera negara ke arah kesedaran hidup berbangsa, bernegara, beragama yang berdasarkan falsafah negara Melayu Islam Beraja.

Taklimat mengenai lagu kebangsaan, ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan tatacara menaik-kibarkan bendera negara disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Awang Ali Termizi bin Haji Ramli.

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai semangat patriotisme para penuntut untuk menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara.

ARTIKEL YANG SAMA