Hormati pilihan UK keluar dari EU

Hormati pilihan UK keluar dari EU

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata pilihan United Kingdom (UK) untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) harus dihormati oleh semua.

“Pengundi di United Kingdom telah bersuara. Sebagai demokrat, kita harus menghormati keputusan tersebut. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan kami di Britain dalam menempuh masa depan baharu yang mereka pilih,” kata beliau menerusi catatan terbaharu dalam laman Facebook selepas keputusan pungutan suara yang bersejarah di UK hari ini.

Dalam pungutan suara yang bersejarah pada Khamis, 51.9 peratus atau 17,410,742 pengundi menyokong negara itu meninggalkan EU sementara 48.1 peratus atau 16,141,241 pengundi memilih untuk kekal dalam EU.

UK menjadi negara pertama daripada 28 negara anggota untuk berpisah dari EU dalam sejarahnya selama 60 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA