Hormati undang-undang pertikaian laut

Hormati undang-undang pertikaian laut

MANILA, 11 Ogos – Jepun dan Filipina menyertai angkatan hari ini untuk menyeru China bagi memperhatikan peraturan undang-undang dalam menyelesaikan pertikaian maritim selepas tribunal antarabangsa menolak tuntutan Beijing kepada hampir keseluruhan Laut China Selatan.

Menteri Luar Negeri Jepun, Fumio Kishida bertemu rakan sejawatannya, Perfecto Yasay di bandar Davao selatan Filipina yang mana kedua-duanya berjanji untuk bekerjasama rapat untuk merangsang keselamatan maritim semasa berdepan pertikaian laut berasingan dengan China.

“Kami telah bersetuju bahawa dalam mengejar penyelesaian kepada konflik di kawasan maritim itu, ia adalah penting untuk memusatkan diri kita pada peraturan undang-undang dan mencari cara keamanan dan bukannya menggunakan kekerasan atau paksaan,” kata Kishida, merujuk kepada dapatan tribunal yang disokong PBB keluaran Julai.

Setiausaha luar negeri Filipina, Perfecto Yasay (kanan) berjabat tangan dengan rakan sejawatan dari Jepun Fumio Kishida (kiri) menjelang sidang akhbar bersama di Davao, selatan pulau Mindanao pada 11 Ogos. – AFP
Setiausaha luar negeri Filipina, Perfecto Yasay (kanan) berjabat tangan dengan rakan sejawatan dari Jepun Fumio Kishida (kiri) menjelang sidang akhbar bersama di Davao, selatan pulau Mindanao pada 11 Ogos. – AFP

“Kami menyeru dan menggesa China untuk memastikan keselamatan maritim dan peraturan undang-undang mesti dihormati secara menyeluruh dan tanpa kompromi,” kata Yasay dalam satu kenyataan.

Jepun dan China terkunci dalam pertikaian panjang berhubung pulau tidak dihuni di Laut China Timur, sementara Manila dan Beijing mempunyai tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

Kishida pada Selasa memanggil Cheng Yonghua, utusan Beijing ke Tokyo, berikutan apa yang Jepun gelar ‘pencerobohan’ oleh kapal-kapal China berhampiran pulau-pulau yang dipertikaikan selama lima hari berturut-turut. – AFP