Hos Piala Dunia 2018 turut tempah tiket

Hos Piala Dunia 2018 turut tempah tiket

LONDON, 13 Okt – Hos Piala Dunia 2018, Rusia mengesahkan tiket ke Euro 2016 Perancis selepas menewaskan Montenegro 2-1, semalam.

Beraksi di laman sendiri, Otkrytie Arena di Moscow, Rusia meledak gol pertama menerusi Oleg Kuzmin pada minit ke-33 diikuti jaringan kedua menerusi Alexander Kokorin menerusi penalti.

Rusia layak selaku naib juara Kumpulan G di belakang Austria manakala Sweden di tempat ketiga.

Pemain pertahanan Rusia, Oleg Kuzmin (kiri) bersaing mendapatkan bola dengan pemain hadapan Montenegro, Stanisa Mandic pada perlawanan kelayakan Kumpulan G UEFA Euro 2016 di Stadium Otkrytie Arena di Moscow pada 12 Oktober 2015. – AFP

Kempen kelayakan Rusia nampak goyah ketika Fabio Capello masih mengendalikan pasukan itu namun penggantinya, Leonid Slutskiy berjaya mengemudi pasukan ke landasan yang betul dengan mencatat empat kemenangan berturut-turut bermula dengan kejayaan ke atas Sweden.

“Langkah yang terakhir sentiasa paling sukar namun pemain-pemain menakjubkan,” kata Slutskiy.

“Mereka berjaya mengubah persekitaran mereka dalam proses kelayakan ketika harapan hampir tiada.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA