Hospital di ambang penutupan

Hospital di ambang penutupan

SANAA, 31 Ogos (AFP) – Hospital utama di bandar Yaman yang dikuasai pemberontak diambang penutupan disebabkan kekurangan bekalan yang berpunca daripada sekatan gabungan pro kerajaan, Save the Children memberi amaran.

“Kekurangan kritikal minyak dan kekurangan bekalan perubatan boleh memaksa Hospital Al-Sabeen menutup pintunya dalam tempoh 48 jam,” per-tumbuhan kemanusiaan berkata lewat semalam.

Hospital itu yang disokong oleh Save The Children adalah kemudahan utama bagi kanak-kanak dan wanita mengandung di kawasan itu, dan memberi perkhidmatan kepada kira-kira tiga juta orang, menurut pertubuhan itu dalam kenyataannya.

Pasukan campuran yang diketuai Arab Saudi, yang melancarkan kempen udara ke atas pemberontak yang disokong Iran lewat Mac lalu dalam menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi yang hidup dalam buangan, telah mengenakan sekatan ke atas kawasan yang dikuasai pemberontak.

Hospital ini bergantung pada pelabuhan Laut Merah, Hodeida bagi 90 peratus importnya, menurut Save the Children.

Hospital kanak-kanak yang kini di ambang penutupan disebabkan kekurangan bekalan. – Reuters
Hospital kanak-kanak yang kini di ambang penutupan disebabkan kekurangan bekalan. – Reuters

“Hospital itu keseluruhannya kehabisan cecair IV, anestetik, ujian memasukkan darah, Valium untuk merawat serangan jantung dan makanan terapeutik siap dimasak bagi kanak-kanak yang terlalu tidak seimbang makanannya,” menurut kenyataan itu yang merujuk penolong pengarah hospital itu, Halel al-Bahri.

Minyak yang diperoleh hospital itu daripada pasaran gelap cukup untuk menjalankan penjana kuasa selama dua hari lagi, ujarnya.

Di seluruh Yaman, 15.2 juta orang tidak mendapat asas penjagaan kesihatan, meningkat 40 peratus sejak Mac, pertubuhan itu memberi amaran.

Lebih setengah juta orang dijangka menderita kekurangan teruk pemakanan seimbang tahun ini dan terdapat peningkatan 150 peratus dalam penahanan pesakit di hospital itu kerana pemakanan tidak seimbang sejak Mac, menurutnya lagi.

“Adalah penting bagi ubat, bekalan dan minyak mencukupi memasuki negara itu, atau bilangan kanak-kanak yang mati akibat penyakit yang dapat dirawat akan lebih besar: kata Edward Santiago, pengarah Save the Children, Yaman.