Hospital Pengiran Muda Mahkota Tutong jadi Pusat Kecemerlangan

Hospital Pengiran Muda Mahkota Tutong jadi Pusat Kecemerlangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov- Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperbaiki dan memberikan penjagaan menyeluruh yang cemerlang serta perkhidmatan berkualiti, Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan inisiatif baru yang melibatkan semua hospital di negara ini untuk menjadi pusat kecemerlangan dengan kelebihan bidang perkhidmatan mereka sendiri bagi memberikan penjagaan kualiti terbaik kepada semua pesakit.

Pemangku Setiausaha Tetap (Dasar), Kementerian Kesihatan, Dr Hazri bin Haji Kifli berkata, ke arah itu, pihak kementerian sedang melaksanakan inisiatif pusat sehenti bagi diagnosis dan rawatan terhadap pesakit-pesakit di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

Pelaksanaan inisiatif itu akan menyumbang kepada perkhidmatan yang lebih baik di hospital, selaras dengan salah satu keutamaan strategi Kementerian yang berusaha untuk memberikan kecemerlangan menerusi penggabungan dan penjajaran perkhidmatan penjagaan kesihatan, katanya pada satu sidang media yang diadakan di Tingkat 2, Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA