Hospital PIHM terima sumbangan kerusi roda

Hospital PIHM terima sumbangan kerusi roda

Oleh Ampuan Irma Susanti

 

TEMBURONG, 14 Sept – Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam (PIHM), di sini, hari ini, telah menerima sumbangan 10 kerusi roda daripada Persatuan Lotus Light Charity Brunei Darussalam bagi kegunaan pesakit di hospital berkenaan.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi persatuan, Lim Sam Lee kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hospital PIHM, Haji Mohd Khairul Anuar bin Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin.

Turut hadir menyaksikan penyerahan sumbangan berkenaan ialah Pentadbir Hospital PIHM, Dayang Norhidayati binti Haji Lakim dan para pegawai serta kakitangan hospital tersebut.

Lim Sam Lee menyerahkan salah sebuah kerusi roda kepada wakil Wad Pediatrik.
Lim Sam Lee menyerahkan salah sebuah kerusi roda kepada wakil Wad Pediatrik.
Lim Sam Lee menyerahkan salah sebuah kerusi roda kepada wakil Wad Lelaki.
Lim Sam Lee menyerahkan salah sebuah kerusi roda kepada wakil Wad Lelaki.
Sebanyak 10 buah kerusi roda disumbangkan kepada Hospital PIHM daripada Persatuan Lotus Light Charity.
Sebanyak 10 buah kerusi roda disumbangkan kepada Hospital PIHM daripada Persatuan Lotus Light Charity.

Hospital PIHM Temburong kini memiliki 20 kerusi roda bagi kemudahan di bilik-bilik seperti Wad Perempuan dan Bersalin, Wad Lelaki, Wad Pediatrik, Bahagian Kemalangan dan Kecemasan serta Pusat Dialisis Renal.

Dengan adanya sumbangan seperti ini diharap akan dapat menambah jumlah kerusi roda yang sedia ada, di samping dapat membantu dan memudahkan pesakit ketika menerima rawatan di hospital ini.

Pihak hospital sangat menghargai dan mengalu-alukan agensi bukan kerajaan dan orang perseorangan yang ingin memberikan sumbangan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan rawatan kepada para pesakit khususnya di Daerah Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA