Hospital Sibu rayu bantuan darah

Hospital Sibu rayu bantuan darah

SIBU, 21 Jan – Hospital Sibu merayu untuk mendapat bantuan darah berikutan simpanan darahnya tidak akan mencukupi semasa tempoh sambutan Tahun Baru Cina nanti.

Pembantu Pegawai Penerangan bank darah hospital itu, Lily Sinta berkata simpanan 180 pain darah yang ada sekarang hanya mampu bertahan selama seminggu.

“Penggunaan kami setiap hari ialah antara 20 hingga 30 pain. Kami perlu menambah sekurang-kurangnya 300 pain untuk menampung penggunaan semasa cuti umum Tahun Baru Cina,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bank darah berkenaan perlu juga memastikan bekalan untuk enam hospital luar dan hospital persendirian di zon tengah.

Bank daerah berkenaan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari pukul 2 petang hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Khamis dan dari pukul 8 pagi hingga 11.15 pagi dan dari pukul 2.15 tengah hari hingga 4.30 petang pada Jumaat. Ia ditutup pada hujung minggu dan cuti umum. – Bernama