Hospital Tutong adakan kempen 3S

Hospital Tutong adakan kempen 3S

TUTONG, 12 Jun – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong mengadakan Acara Kempen 3S (Senyum, Sopan dan Sabar) bagi membudayakan pemedulian pelanggan dalam memberi khidmat bakti kepada orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif hospital berkenaan, Awang Mohammad Sabri bin Haji Anuar dalam ucapannya pada majlis tersebut menyarankan agar semua peringkat warga kerja hospital sama-sama membudayakan Kempen 3S yang juga dituntut dalam agama Islam dan menjadi identiti bangsa di negara ini.

Program Membudayakan Pemedulian Pelanggan merupakan satu program yang berhasrat untuk memperkukuhkan, memperkesankan, menerapkan dan membudayakan nilai-nilai murni kepada warga Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai melalui aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada memperkukuhkan lagi pemedulian pelanggan.

Awang Mohd Sabri menyerahkan lencana 3S untuk diagihkan.
Awang Mohd Sabri menyerahkan lencana 3S untuk diagihkan.

ARTIKEL YANG SAMA