Hotel Badi’ah terima pengiktirafan

Hotel Badi’ah terima pengiktirafan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Laman sesawang pengembaraan terbesar di dunia, TripAdvisor di mana pengunjung menilai hotel-hotel di seluruh dunia, telah mengiktiraf Hotel Badi’ah sebagai Hotel Berprestasi Tinggi apabila menerima anugerah Sijil Kecemerlangan TripAdvisor.

Mengumumkan penganugerahan berkenaan dalam satu kenyataan di sini, hari ini, Hotel Badi’ah menyatakan, anugerah berkenaan mengiktiraf kecemerlangan dalam hospitaliti dan hanya diberikan kepada penubuhan yang secara konsisten menerima penilaian bagus di TripAdvisor.

Pemenang-pemenang Sijil Kecemerlangan berkenaan termasuk tempat penginapan, tempat-tempat makan dan tempat tarikan di seluruh dunia yang secara berterusan memberikan pengalaman pelanggan yang unggul.

pg10_151008_b

Untuk layak menerima anugerah berkenaan, sesebuah perniagaan mesti mengekalkan penarafan keseluruhan TripAdvisor sekurang-kurangnya empat daripada lima, mempunyai jumlah minuman penilaian dan mesti tersenarai di TripAdvisor sekurang-kurangnya selama 12 bulan.

Pengurus Hotel, Darren Tan Yee Ting, dalam kenyataan itu, dipetik sebagai berkata, “Memenangi Sijil Kecemerlangan TripAdvisor adalah kebanggaan sebenar bagi seluruh pasukan di Hotel Badi’ah dan kami ingin berterima kasih kepada semua pelanggan kami sebelum ini yang meluangkan masa membuat penilaian di TripAdvisor.

“Tiada tanda penghargaan lebih besar daripada diiktiraf oleh pelanggan. Dengan Sijil Kecemerlangan TripAdvisor yang berasaskan penilaian-penilaian pelanggan, penganugerahan ini adalah satu undi percaya yang luar biasa kepada perniagaan kami dan komitmen berterusan kami kepada kecemerlangan,” tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA