Hotel Faena t...

Hotel Faena tarikan baru Pantai Miami

PANTAI MIAMI – Hotel Faena mewah berada di berdepanan pantai yang disirami dengan cahaya terang matahari. Dari jauh, kelihatan arca rangka mamot berwarna keemasan dengan bingkai batang pokok kelapa, langit yang membiru dan Laut Atlantik yang bersinar.

Hotel itu terletak di tengah-tengah Daerah Faena, di sebahagian dari Pantai Miami yang dulunya diabaikan yang menempatkan struktur-struktur lama dan lot-lot kosong. Kini, lot itu telah dimajukan menjadi hotel-hotel mewah, kondominium dan pusat persembahan seni.

Projek yang bernilai AS$1 billion itu dimulakan pada tahun 2013 dan dimajukan oleh Alan Faena, hartawan hotel Argentina dengan kerjasama jutawan Len Blavatnik. Kelompok bangunan itu terletak dua batu dari utara South Beach, di atas tanah sempit antara laluan air dan laut.

Hotel Faena yang mempunyai 169 bilik mengekalkan struktur hiasan seni asal Hotel Saxony yang dibina pada tahun 1947. Namun, pengubahsuaian Faena menggabungkan keindahan Belle Epoque dengan kecantikan tropika.

Faena mengupah orang dari pelbagai bidang dan bakat tertentu untuk memberikan hotel itu suasana yang menarik, termasuklah pengarah Hollywood dan bomoh Mexico. Elemen-elemen lain termasuklah arca-arca harimau, lampu pokok kelapa berwarna keemasan dan bunga ros merah.

Bangunan-bangunan yang terdapat di Daerah Faena di Collins Ave. dalam kawasan kejiranan Mid-Beach, Pantai Miami, Florida. – AP
Bangunan-bangunan yang terdapat di Daerah Faena di Collins Ave. dalam kawasan kejiranan Mid-Beach, Pantai Miami, Florida. – AP
Hiasan lukisan yang berada di ruangan lobi Hotel Faena yang telah dilukis oleh pelukis daripada Argentina, Juan Gatti, yang dikenali sebagai Cathedral. – AP
Hiasan lukisan yang berada di ruangan lobi Hotel Faena yang telah dilukis oleh pelukis daripada Argentina, Juan Gatti, yang dikenali sebagai Cathedral. – AP
Sebuah Bilik suite yang mempunyai dua bilik tidur yang mengadap suasana pantai di Hotel Faena. – AP
Sebuah Bilik suite yang mempunyai dua bilik tidur yang mengadap suasana pantai di Hotel Faena. – AP
 Kolam renang yang terdapat di hotel tersebut – AP
Kolam renang yang terdapat di hotel tersebut – AP

Faena menugaskan Baz Luhrmann, pengarah ‘Moulin Rouge’ dan ‘The Great Gatsby’ yang juga merupakan pereka fesyen Catherin Martin sebagai pereka dalaman hotel tersebut.

“Bagi saya, ini seperti wayang. Saya ke sini untuk menunjukkan perasaan dan cerita saya,” kata Faena, bekas pereka fesyen dalam sebuah temu bual dari studio trelernya.

Dia mengupah pelukis Argentina, Juan Gatti untuk melukis mozek hidupan laut dan mural flamingo, merak dan harimau di dinding hotel. Hasil seni itu bertujuan untuk memberikan pengalaman pertama para pelancong sebelum menjejakkan kaki ke Florida.

Selain daripada itu, dia mahu spa di hotel itu memberikan pengalaman Amerika Latin. Faena telah mengupah bomoh Mexico untuk mengadakan ritual. Dia juga mengimport bahan-bahan asli dari Amazon untuk rawatan. “Seni bina, reka bentuk, seni dan budaya di sini dapat memberikan pengalaman yang menyeronokkan bagi para para pengunjung,” kata Faena.

Penginapan yang lebih murah ditawarkan berdekatan Casa Faena, sebuah rumah tetamu Sepanyol dengan 50 buah bilik, siling tinggi, dan jendela berwarna langit. Nama ‘Claridge’ dapat dilihat di muka banguna Casa, mengekalkan nama hotel awal di tapak itu yang tidak lagi dapat didiami.

“Saya suka tempat-tempat yang dilupakan kerana anda boleh mendengar cerita mereka dan anda boleh mendengar apa yang mereka perlu beritahu anda,” kata Faena.

Ini bukan kali pertama tapak-tapak yang ditinggalkan memberi inspirasi kepada Faena.

Dia memulakan kongsi samanya dengan Blavatnik dengan memajukan sebuah dermaga yang ditinggalkan di Buenos Aires. Dia juga mengubah suai kilang-kilang lama dan gudang-gudang menjadi bangunan tinggi dan hotel serta pangsapuri mewah. Di Puerto Madero Argentina, jauh dari pusat sejarah, pembinaan itu memenuhi tujuh blok kawasan dan telah menjadi hab kebudayaan di ibu negeri.

Forum Faena di Pantai Miami telah sempat dibuka sebelum berlangsungnya acara Art Basel November lalu. Bangunan putih dengan keluasan 43,000 kaki persegi mempunyai struktur kiub tidak simetri seperti silinder yang diinspirasikan dari Pantheon di Rom. Di tengah-tengahnya terdapat kubah dengan okulus dan arena dengan marmar merah jambu yang dijangka akan digunakan untuk konsert dan seminar.

Hotel Faena mewah berada di berdepanan pantai yang disirami dengan cahaya terang matahari. – AP
Hotel Faena mewah berada di berdepanan pantai yang disirami dengan cahaya terang matahari. – AP
 Faena Forum (kiri) dan Faena House (kanan) berada di kejiranan Mid-Beach di Pantai Miami, Florida. – AP
Faena Forum (kiri) dan Faena House (kanan) berada di kejiranan Mid-Beach di Pantai Miami, Florida. – AP
Sebuah bilik mandi yang terdapat di bilik suite dua bilik tidur di Hotel Faena. – AP
Sebuah bilik mandi yang terdapat di bilik suite dua bilik tidur di Hotel Faena. – AP
Ukiran arca unicorn hasil oleh artis Damien Hirst yang dipamerkan di restoran Paul Qui, Pao, di Hotel Faena. – AP
Ukiran arca unicorn hasil oleh artis Damien Hirst yang dipamerkan di restoran Paul Qui, Pao, di Hotel Faena. – AP
Hartawan hotel daripada Argentina, Alan Faena, semasa berada di  Forum Faena, sebuah pusat persembahan dan kebudayaan di Daerah Faena. – AP
Hartawan hotel daripada Argentina, Alan Faena, semasa berada di Forum Faena, sebuah pusat persembahan dan kebudayaan di Daerah Faena. – AP

Charles Bohl, ketua program graduan dalam kemajuan harta tanah dan perbandaran Universiti Miami berkata dia ingin melihat banyak lagi kemajuan dibuat untuk menjadikannya mesra-pejalan kaki. Bohl berkata bahawa daerah itu memberikan sumbangan besar kepada kemajuan seni dan kebudayaan di Pantai Miami, yang menarik kebanyakan dari 15 juta pelancong ke Miami setiap tahun.

“Pemaju-pemaju telah membawa visi yang telah memberikan persekitaran unik,” kata Bohl. “Ia merupakan tempat yang akan disukai oleh semua orang.”

Ia telah menarik pengunjung-pengunjung selebriti seperti Madonna, Leonardo DiCaprio dan Ariana Grande.

Baru-baru ini, para pengunjung beratur di luar restoran dan ada yang menikmati minuman di dek sambil menghirup udara laut.

Di teater hotel, persembahan ‘C’est Rouge’ ala kabaret menarik penonton yang terdiri dari pasangan-pasangan dan rombongan kumpulan. Ada yang memakai gaun koktel. Mereka menyaksikan akrobat-akrobat dan pelagak trapis, kemudian diikuti dengan persembahan pemuzik-pemuzik seperti Gloria Estefan dengan lagu ‘Conga’ dan lagu ‘Love Me With All of Your Heart’ versi Sepanyol.

Seorang penonton, Alexandria Corral, seorang perancang majlis membawa dua orang kawannya dari luar bandar untuk menyambut hari jadinya yang ke-25 tahun.

“Ini merupakan tempat yang termewah dari semua tempat di Pantai Miami,” katanya. – AP