Hotel Garden Sentral adakan cabutan bertuah

Hotel Garden Sentral adakan cabutan bertuah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 14 Nov – Sebagai tanda penghargaan yang berterusan dan hubungan baik bersama pelanggan-pelanggan mereka, Hotel Garden Sentral akan mengadakan kempen cabutan bertuah yang pertama bermula hari ini sehingga 31 Januari depan.

Cabutan tersebut sama dengan yang dilakukan oleh Pusat Membeli-belah KBSentral, di mana pelanggan hanya perlu menginap satu malam atau lebih di Hotel Garden Sentral untuk menyertainya.

Mereka akan menerima kupon yang akan diberikan oleh kakitangan pengurusan hotel di meja kaunter untuk membolehkan mereka menyertai cabutan bertuah tersebut dan pelanggan boleh menginap di hotel berkenaan dengan bayaran secara tunai atau menggunakan kad kredit/debit.

Peserta cabutan yang terpilih akan dimaklumkan dan dihubungi oleh bahagian pengurusan Hotel Garden Sentral.

Pengurus Operasi Hotel Garden Sentral Allan Lee berkata, cabutan bertuah itu dihasratkan untuk menarik lebih ramai pengunjung dan menginap di hotel berkenaan walaupun pada akhir promosi cuti sekolah penghujung tahun ini.

Antara hadiah-hadiah menarik yang menanti pemenangnya termasuklah penginapan satu malam di Hotel Garden Sentral, tiket-tiket wayang dan baucar makan di Restoran Sushi Tei di Pusat Membeli-belah KBSentral.

Penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah itu dijangka akan diadakan pada 26 Februari 2017.

ARTIKEL YANG SAMA