Hotel Northgate jadi sasaran bom

Hotel Northgate jadi sasaran bom

KABUL, 1 Ogos – Serangan kuat bom lori Taliban disasarkan ke arah sebuah hotel untuk warga asing di Kabul hari ini, yang mencetuskan serangan bom dan senapang selama tujuh jam yang menekankan situasi keselamatan yang semakin merosot di sebuah bandar tidak dapat melupakan serangan yang paling banyak menumpahkan darah selama 15 tahun.

Para tetamu dan kakitangan hotel Northgate tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi seorang anggota polis terbunuh selepas pengeboman itu, yang telah mengakibatkan jendala-jendela berdetar-detar beberapa kilometer jauhnya, yang membuka laluan bagi pemberontak bersenjata untuk memasuki tapak yang dikawal ketat berhampiran lapangan terbang Kabul.

Kawasan yang menempatkan kontraktor asing sebelum ini pernah diserang pada Julai 2013. Awal bulan ini, kumpulan Islam IS mengaku melancarkan pengeboman berkembar yang mengorbankan 80 orang di bandar Afghanistan, serangan yang paling mengorbankan nyawa di bandar itu sejak Taliban disingkirkan dari berkuasa pada tahun 2001.

Pengawal keselamatan Afghanistan kelihatan berdiri berhampiran dinding yang musnah di tempat kejadian letupan bom yang menyasarkan hotel yang digunakan oleh kontraktor asing, di pinggir Kabul semalam. – AFP
Pengawal keselamatan Afghanistan kelihatan berdiri berhampiran dinding yang musnah di tempat kejadian letupan bom yang menyasarkan hotel yang digunakan oleh kontraktor asing, di pinggir Kabul semalam. – AFP

“Lori itu yang penuh dengan bahan letupan merempuh bahagian dinding luar hotel,” kata ketua polis kabul, Abdul Rahman Rahimi.

“Seorang anggota polis telah terbunuh dan tiga orang lagi tercedera tetapi tidak seorang pun kakitangan hotel atau tetamu tercedera. Tiga pejuang Taliban termasuklah pengebom lori itu terbunuh.”

Komando Afghanistan telah membuat sekatan ketat keselamatan sekitar Northgate selepas letupan bom tangan dan tembakan senapang menggegarkan kawasan itu selepas serangan bermula sekitar 1:30 pagi.

Stesen tempatan TV, Tolo merujuk sumber di dalam bangunan hotel itu sebagai berkata bahawa kakitangan dan tetamu, termasuklah 11 orang asing – duduk bercangkung di dalam bilik selamat sepanjang malam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA