Hotel Parkview bakal buka restoran baru

Hotel Parkview bakal buka restoran baru

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Bahiyah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Restoran baru menghidangkan hidangan tempatan dan Asia yang belum didedahkan namanya akan dibuka di Hotel Parkview, Jerudong pada pertengahan bulan April ini.

Restoran yang bakal dibuka di Tingkat M itu boleh menampung perkhidmatan katering untuk pelbagai acara di Bankuet Al-Barakah Tingkat 7 yang kini juga diubahsuai dan diperbaharui.

Eksekutif Jualan dan Pemasaran FreshCo, Swee Mei Chi bersama pihak pengurusan hotel yang lainnya, hari ini, membawa wakil media tempatan membuat lawatan di hotel berkenaan.

Di restoran itu nanti, para pelanggan boleh membentuk menu mengikut keinginan mereka dengan pelbagai pilihan hidangan seperti Buttermilk Chicken, Ikan Masak Masam Manis, Sayur Campur, Daging Rendang, Ayam Masak Kurma, Nasi Kebuli, Ikan Kari Sos Kapitan, Baby Kailan Sos Sambal, dan pelbagai pilihan penyuci mulut.

Restoran baru yang bakal dibuka di Tingkat M, Hotel Parkview.
Restoran baru yang bakal dibuka di Tingkat M, Hotel Parkview.

Selain itu, pelanggan juga memilih menu set tersedia ingin menggunakan perkhidmatan katering restoran berkenaan.

Untuk pelanggan yang berminat mengadakan forum pula, beberapa buah bilik juga boleh digunakan di hotel berkenaan yang dinamakan sebagai Bilik Lily, Jasmine, Tulip dan Rose.

Bilik-bilik tersebut boleh menampung sehingga 10 hingga 90 orang sama ada bagi forum berbentuk teater, bilik darjah, bentuk U atau dengan set Hollow disertai dengan kemudahan percuma seperti papan putih, alat tulis, air botol dan gula-gula.

Selain itu, Hotel Parkview juga memaklumkan kepada media bahawa kolam renang kanak-kanak yang terletak di Aras bawah (Ground Floor) kini dalam proses pembinaan.