Hotel Parkview berwajah baru

Hotel Parkview berwajah baru

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Bahyiah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Setelah menjalani pengubahsuaian dan menaik taraf, Hotel Parkview di Jerudong, yang dulu dikenali sebagai Hotel LR Asma kini beroperasi semula dengan menawarkan perkhidmatan yang lebih selesa dan terkini.

Kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf fasa pertama telah bermula pada Mei 2014 lalu.

Media Permata, hari ini, telah dijemput untuk membuat tinjauan untuk melihat sendiri beberapa buah bilik yang telah pun siap diubahsuai.

Kini hotel berkenaan menawarkan beberapa buah bilik apartmen yang merangkumi satu bilik atau dua bilik dengan harga promosi bermula 1 September hingga 30 November 2015.

Ruang bilik tidur yang telah diubahsuai.
Ruang bilik tidur yang telah diubahsuai.
Bilik mesyuarat bagi kegunaan umum.
Bilik mesyuarat bagi kegunaan umum.
Kolam renang untuk para pengunjung.
Kolam renang untuk para pengunjung.

Selain itu, hotel ini menawarkan enam bilik mesyuarat dan dua restoran baru yang menyajikan hidangan cina (Parkview Restaurant) dan hidangan barat (Buffalo Steak House) bagi pilihan selera yang berkunjung.

Beberapa bilik Deluxe, Junior Suite dan Deluxe Suite juga telah diubahsuai dengan menampilkan suasana yang lebih selesa ditambah lagi dengan kemudahan terkini seperti TV skrin nipis dan kunci bilik digital.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini bolehlah melayari laman sesawangnya di alamat www.parkviewhotelbn.com.

ARTIKEL YANG SAMA