Hotel Radisson catat kejayaan penting

Hotel Radisson catat kejayaan penting

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Hotel Radisson Brunei Darussalam telah mencatatkan kejayaan penting apabila menerima Pensijilan Perak menerusi EarthCheck, iaitu kumpulan pengurusan alam sekitar dan perkhidmatan profesional terkemuka di dunia bagi industri pelancongan.

Radisson dalam kenyataannya menyatakan, pencapaian ini menyusuli pencapaian status Pensijilan Gangsa yang diterima tahun lalu juga daripada EarthCheck, yang dipercayai oleh lebih 1,300 buah pertubuhan di lebih 70 buah negara.

Pengurus Am Hotel Radisson, Jerome van Helden dipetik sebagai berkata, “Hotel Radisson Brunei Darussalam berhasrat untuk menyampaikan standard tertinggi dalam cara mapan. Kami berbesar hati dan berbangga untuk menerima pengiktirafan sedemikian, kerana ia menggambarkan komitmen kakitangan untuk mengambi tindakan bagi penambahbaikan berterusan.

“Penandaarasan EarthCheck membolehkan kami untuk mengukur diri kami sendiri berdasarkan standard industri global, sumber penting yang memberi petunjuk di mana kami cemerlang dan di mana kami boleh melakukan lebih banyak,” tambahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, pasukan yang dedikasi di Hotel Radisson Brunei Darussalam telah bekerjasama dengan EarthCheck dalam memberikan data dan maklumat mengenai amalan-amalannya untuk dinilai mengikut standard EarthCheck bagi melayakkannya menerima Pensijilan Perak.

 Pemandangan luar Hotel Radisson Brunei Darussalam.
Pemandangan luar Hotel Radisson Brunei Darussalam.

Data penandaarasan itu menangani pelbagai isu seperti impak alam sekitar, kesihatan dan keselamatan pekerjaan, pengurusan risiko dan pelaporan sosial korporat.

Dengan bekerjasama dengan EarthCheck, hotel itu telah menyertai pemimpin-pemimpin industri yang mengambil langkah-langkah bermakna ke arah menyelesaikan beberapa isu besar yang dihadapi oleh dunia ini.

ARTIKEL YANG SAMA