Hotel Radisson tawar katering lengkap

Hotel Radisson tawar katering lengkap

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Dengan kedatangan bulan Syawal ini, Hotel Radisson di ibu negara menawarkan perkhidmatan katering lengkap bagi acara di rumah dan syarikat bagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang kurang daripada seminggu sahaja lagi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hotel berkenaan menyediakan hidangan dan perkhidmatan terbaik bagi mana-mana acara, sama ada kecil atau besar.

Antara hidangan yang ditawarkan termasuk kambing panggang, asam laksa, kuih muih tradisional dan bermacam-macam lagi.

Pengurus Besar hotel berkenaan, Jerome van Helden, dipetik berkata, “Kami komited untuk memberikan perkhidmatan katering berkualiti tinggi.

Antara hidangan yang ditawarkan oleh Hotel Radisson adalah termasuk kambing panggang, asam laksa, kuih muih tradisional dan bermacam-macam lagi.
Antara hidangan yang ditawarkan oleh Hotel Radisson adalah termasuk kambing panggang, asam laksa, kuih muih tradisional dan bermacam-macam lagi.

“Sama ada hidangan barbeku yang menyelerakan atau hidangan lama yang diberikan sentuhan moden, Radisson Home menawarkan perkhidmatan tersendiri, memastikan pengalaman luar biasa bagi semua pelanggan kami,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA