Hotel Times berhari raya

Hotel Times berhari raya

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Sebagai salah satu aktiviti tahunannya, Hotel Times telah mengadakan majlis pejabat terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri khas buat para klien korporat, rakan kongsi dan tetamu yang menginap di hotel berkenaan, hari ini.

Pejabat terbuka yang berlangsung di Times Cafe, bermula pukul 2 petang hingga 6 petang itu menyajikan pelbagai jenis juadah untuk dinikmati oleh para tetamunya yang hadir.

Acara tersebut antara lain bertujuan untuk beramah mesra bersama pelanggan dan tetamu yang hadir sekali gus mengeratkan lagi silaturahim yang sedia ada bersama klien-klien korporat mereka.

Antara para tetamu yang menghadiri Majlis Pejabat Terbuka Hotel Times, kelmarin.
Antara para tetamu yang menghadiri Majlis Pejabat Terbuka Hotel Times, kelmarin.