Hotspur lebih bersedia – Pochettino

Hotspur lebih bersedia – Pochettino

LONDON, 29 Feb (AFP) – Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino berkata kemenangan 2-1 ke atas Swansea City malam tadi akan membantu persediaan pemainnya untuk pertembungan menentang kelab London, West Ham United, Rabu ini.

Harry Kane akan memakai topeng muka untuk melindungi hidungnya yang patah ketika menentang Swansea dan Dele Alli mengalami kecederaan kaki pada sesi memanaskan badan.

Namun, kedua-dua pemain itu menamatkan perlawanan dengan senyuman terpancar pada wajah mereka selepas Spurs bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1. Tambahan pula dengan kekalahan 3-2 Arsenal di Manchester United, ia membolehkan skuad Pochettino kekal di tempat kedua dan hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Leicester City.

Pochettino ketika menyaksikan perlawanan pasukannya menentang Swansea City. Pochettino berkata kemenangan pasukannya menentang Swansea City akan membantu mereka membuat persediaan bertembung West Ham United nanti. – Reuters
Pochettino ketika menyaksikan perlawanan pasukannya menentang Swansea City. Pochettino berkata kemenangan pasukannya menentang Swansea City akan membantu mereka membuat persediaan bertembung West Ham United nanti. – Reuters

Selepas berkunjung ke West Ham yang menduduki tangga keenam, Spurs akan menghadapi pertembungan dengan lawan dari utara London, Arsenal.Walaupun perjalanan mereka dibelenggu masalah kecederaan pemain, Pochettino berkata, “Ia lebih mudah untuk bersedia bagi perlawanan menentang West Ham selepas kemenangan ini.

“Mereka (pemain) gembira, mereka tersenyum, ia sentiasa menjadi perasaan yang lebih baik untuk pulih.

“Ia adalah saat yang menarik bagi kami, tetapi kami terpaksa menguruskan beberapa pemain kerana sebahagian daripada mereka sedikit keletihan. Kami datang dari masa yang sangat sukar.”

ARTIKEL YANG SAMA