Hotspur lengkapkan pertukaran Nkoudou

Hotspur lengkapkan pertukaran Nkoudou

LONDON, 1 Sept – Tottenham Hotspur berjaya menyambar pemain sayap Bawah-21 Perancis Georges-Kevin Nkoudou dari Marseille dan melepaskan Clinton Njie untuk menyertai kelab Perancis itu secara pinjaman pada Rabu.

Nkoudou, 21, bersetuju dengan kontrak lima tahun bersama kelab Liga Perdana selepas beberapa minggu spekulasi bertiup kencang bahawa dia telah bersedia untuk berpindah ke White Hart Lane.

“Kami gembira untuk mengumumkan majlis menandatangani Georges-Kevin Nkoudou dari Marseille,” satu kenyataan Tottenham mengumumkan.

Nkoudou, yang dilaporkan menyertai Tottenham untuk 11 juta pound (AS$14 juta), membuat 40 penampilan dalam dua musim bersama Nantes sebelum menyertai Marseille pada Jun 2015.

Dia menarik perhatian beberapa kelab besar Eropah di Marseille, di mana dia menjaringkan 10 gol dalam 41 penampilan.

Nkoudou dilaporkan bersetuju dengan terma dan syarat Tottenham bulan lepas dan telah berlatih di Hotspur Way ketika kedua-dua kelab itu memuktamadkan perpindahan yang tergendala akibat pertukaran jawatan presiden di Marseille.

Selepas musim yang mengecewakan bersama Tottenham, penyerang Cameroon Njie akan menghabiskan baki musim bersama Marseille dan menyediakan penggantian segera kepada Nkoudou.

Tottenham turut mengumumkan majlis menandatangani penjaga gol Espanyol Pau Lopez secara pinjaman selama semusim. – AFP