Hotspur sambar penyerang Belanda

Hotspur sambar penyerang Belanda

LONDON, 13 Julai – Penyerang prolifik antarabangsa Belanda Vincent Janssen (gambar) semalam telah melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Perdana Tottenham Hotspur dari AZ Alkmaar dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak 17 juta pound (AS$22.3), kelab itu mengumumkan.

Pemain berusia 22 tahun itu yang terkenal dalam kalangan peminat bola sepak Inggeris setelah menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 ke atas England pada Mac tahun ini, menandatangani kontrak empat tahun bersama Spurs.

Janssen yang menjaringkan 27 dalam semusim di Alkmaar dan muncul sebagai penjaring terbanyak berkata, gabungan falsafah bola sepak pengurus Spurs Mauricio Pochettino dan tarikan Liga Juara-Juara telah meyakinkan beliau untuk menyertai kelab itu.

“Salah satu sebab saya memilih Tottenham (adalah) cara (Pochettino) berfikir dan bagaimana dia bermain. Saya benar-benar sukakan itu,” Janssen memberitahu Spurs TV.

“Memang menjadi impian saya untuk bermain di Liga Juara-Juara dan kini ia semakin dekat. Ketika saya masih kecil, saya menonton setiap perlawanan Liga Juara-Juara dan kini saya boleh bermain untuk diri sendiri. Spurs adalah sebuah kelab yang cantik dan kelab tradisional di England. Mereka melakukan yang terbaik tahun lepas dan saya gembira bermain untuk Spurs.

pg21_160714_b

“Saya fikir saya mempunyai peluang yang baik untuk membangunkan diri saya di sini. Saya boleh berlatih dengan kumpulan muda yang berbakat dan kakitangan yang sangat baik. Saya bersedia untuk membangunkan diri sendiri.”

Spurs pula mengeluarkan kenyataan tentang kegembiraan mereka menyambar Janssen dengan berkata: “Kami gembira mengumumkan majlis menandatangani Vincent Janssen dari AZ Alkmaar, tertakluk kepada kelulusan antarabangsa,” menurut kenyataan itu. “Penyerang itu telah menandatangani kontrak bersama Spurs sehingga 2020.”

Janssen, yang memenangi trofi Johan Cruyff untuk pemain harapan yang turut dimenangi oleh rakan sepasukan Spurs Christian Eriksen semasa di Ajax, menyertai jeneral midfield dari Kenya Victor Wanyama sebagai muka baru di Spurs.

Pochettino telah mengukuhkan skuad untuk menghadapi cabaran berkembar selepas selesai di tempat ketiga musim lalu dan berjaya mendapat slot Liga Juara-Juara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA