Hotspurs kekalkan rentak ‘sempurna’

Hotspurs kekalkan rentak ‘sempurna’

STOKE-ON-TRENT, United Kingdom, 19 April (AFP) – Pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino percaya pasukannya menghantar mesej “sempurna” kepada pendahulu Liga Perdana, Leicester City selepas kemenangan 4-0 di Stoke City yang menyaksikan mereka merapatkan jurang di tangga teratas kepada lima mata.

Keputusan seri 2-2 Leicester di laman sendiri menentang West Ham Ahad lalu memberikan Spurs peluang untuk mengurangkan defisit dengan baki empat perlawanan dan mereka merampasnya dengan bergaya menerusi kemenangan keempat dalam lima perlawanan masing-masing menerusi dua gol daripada dua pemain England, Harry Kane dan Dele Alli.

“Ini impian kami. Kami perlu pecaya,” kata Pochettino, yang berusaha untuk membawa pasukan London itu bagi kejuaraan Inggeris pertama mereka sejak 1961.

“Adalah bagus untuk perlawanan, di mana kami berada di belakang untuk mencuba dan memberikan tekanan ke atas Leicester. Saya merasa bangga. “Penyokong kami adalah luar biasa dan mereka berbangga dengan kami. Saya rasa ini adalah saat menarik kelab,” tambah pengurus dari Argentina itu.

Pochettino mengucapkan tahniah kepada pemainnya selepas perlawanan menentang Stoke di Stadium Britannia, kelmarin. – AP
Pochettino mengucapkan tahniah kepada pemainnya selepas perlawanan menentang Stoke di Stadium Britannia, kelmarin. – AP

“Dalam bola sepak semuanya boleh berlaku dan kami perlu berada di sana. Jika Leicester gagal, kami perlu berada di sana. Itu apa yang kami cuba lakukan, meletakkan tekanan ke atas Leicester.

“Perkara paling penting ialah persembahan kami perlu sempurna. Itu isyarat besar, kami menunggu dan berjuang,” jelas bekas pengurus Southampton itu.

Tottenham menjaringkan 13 gol dan bolos hanya sekali dalam mengurangkan 13 daripada kemungkinan 15 mata.

Kane, mengumpulkan jaringannya kepada 27 gol, meletakkan imej media sosial sekumpulan singa menghampiri mangsa selepas Leicester melepaskan dua mata ketika menentang West Ham.

“Itu perkara bagus kerana ia menunjukkan bagaimana kumpulan ini dan bagaimana skuad keadaan sebenar kami,” kata Pochettino. “Kami boleh menang atau tidak, tetapi hasrat dan keghairahan yang kami tunjukkan dan bagaimana kami menikmati perlawanan luar biasa.”

ARTIKEL YANG SAMA