Hotspurs kembali bersaing rebut gelaran Liga Perdana

Hotspurs kembali bersaing rebut gelaran Liga Perdana

BIRMINGHAM, United Kingdom, 14 Mac (AFP) – Harry Kane menghidupkan kembali cabaran gelaran Liga Perdana bagi Tottenham Hotspur dengan menjaringkan dua gol ketika pasukannya meletakkan kesukaran ke atas pasukan tercorot Aston Villa dengan kemenangan 2-0 semalam.

Pemain penyerang England itu membawa jaringannya kepada 22 gol bagi musim ini dengan menjaringkan gol pada setiap separuh masa di Villa Park ketika Spurs bergerak dengan dua mata dari pendahulu Leicester City, yang menghoskan Newcastle United hari ini.

Ia adalah jawapan sempurna bagi mereka yang merasa ragu pada hujung minggu di mana pasukan kendalian Mauricio Pochettino melepaskan pendahuluan 2-1 untuk seri 2-2 menentang Arsenal dalam persaingan pasukan utara London tu sebelum tewas 3-0 di Borussia Dortmund pada perlawanan pertama kelompk 16 terakhir Liga Europa.

“Ia adalah kejayaan yang bagus dan tiga mata penting selepas beberapa perlawanan yang tidak begitu bagus,’ pengurus Spurs, Pochettino memberitahu BBC.

Kane ketika menjaringkan gol pertama buat Hotspur pada perlawanan menentang Aston Villa. Hotspur berjaya bangkit untuk merebut gelaran Liga Perdana dengan membenam Aston 2-0 di Villa Park. – Reuters
Kane ketika menjaringkan gol pertama buat Hotspur pada perlawanan menentang Aston Villa. Hotspur berjaya bangkit untuk merebut gelaran Liga Perdana dengan membenam Aston 2-0 di Villa Park. – Reuters

“Kami perlu meningkatkan tekanan dan memenangi perlawanan. Anda tidak akan dapat menghentikan mimpi penyokong dan mereka adalah tepat untuk bermimpi. Tetapi kami perlu bekerja keras.”

Rakan sepasukan Kane dari England, Dele Alli memberikan umpanan bagi kedua–dua jaringannya, pertama dengan mendapatkan sepakan bebas segera pada separuh masa pertama dan kemudian meluru ke sebelah sayap kiri pada minit ke-48.

Spurs meletakkan tekanan ke atas pertahanan Villa dari awal dan seharusnya mendahului seawall minit ketiga.

Erik Lamela pada mulanya membuat hantaran kepada Kane, tetapi ketika memberikan larian sempurna, sepakan tingginya menewaskan Brad Guzan yang sudah mara ke depan dan hanya menyaksikan bola menerjah gawang.

Ancaman pertama bermula dari Villa apabila Jordan Veretout menghasilkan larian ke kanan, tetapi Rudy Gestede tidak menghasilkan kontek bersih dengan hantaran lintang.

ARTIKEL YANG SAMA