Hougang tambat DPMM FC

Hougang tambat DPMM FC

Oleh Fadhil Yunus

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Kempen DPMM FC tanpa menang berlanjutan kepada empat perlawanan selepas seri 1-1 dengan Hougang Uniteddi Stadium Negara Hassanal Bolkiah sebentar tadi.

Vuk Sotirovic, pemain pertama pasukan pelawat yang menyumbang kepada kemenangan dalam pertemuan sebelum ini, terus menghantui tuan rumah dan mengekang mereka untuk mengejar pendahulu dengan rembatan pada minit ke-69

Azwan Ali sebelum itu mempamerkan permulaan menarik apabila membuka jaringan pada minit ke-33. Midfield itu hampir menambah jaringan selepas rembatan pertamanya melantun dari Tengku Mushahbad.

Tuan rumah mensia-siakan peluang untuk menggandakan kedudukan dua minit kemudian apabila Rafael Ramazotti gagal menyudahkan hantaran silang Shahrazen Said.

Saat cemas di depan gawang Hougang United dalam aksi Liga-S di Stadium Negara Hassanal Bolkiah sebentar tadi. – Gambar Infofoto
Saat cemas di depan gawang Hougang United dalam aksi Liga-S di Stadium Negara Hassanal Bolkiah sebentar tadi. – Gambar Infofoto

DPMM FC boleh menyudahkan perlawanan dengan tiga mata penuh tetapi pasukan pelawat sentiasa berwaspada dengan mengawal ketat AZwan Ali berdekatan tiang gol. Tuan rumah kekal di tempat ketiga, dua mata di belakang Warrior FC yang memimpin liga.