Hoverboard ‘back to the future’ jadi realiti

Hoverboard ‘back to the future’ jadi realiti

TOKYO, 25 Jun (AFP) – Masa hadapan telah pun ada di sini atau sekurang-kurangnya yang telah dibayangkan bagi Marty McFly dengan pengeluar kereta mendedahkan hoverboard sebenar yang berfungsi, seperti yang telah digunakan dalam filem “Back To The Future.”

Jenama kereta mewah Toyota, Lexus berkata ia telah mereka prototaip yang meluncur atas permukaan tanpa bergeser dengan teknologi serupa yang digunakan dalam kereta api yang digelar landasan kereta api laju.

Video penarik tumpuan telah dihantar di online, nampaknya memperlihatkan hoverboard terapung-apung, meskipun babak berakhir sebelum seorang peluncur papan luncur sebenarnya mula menaikinya.

Sementara hoverboard yang dinaiki oleh Michael J Fox dalam “Back To The Future II” terapung-apung di atas apa saja melainkan air, model Lexus perlukan magnet untuk dipasangkan pada permukaan, yang membataskan pada laluan khas.

Gambar menunjukkan prototaip Hoverboard yang dikeluarkan oleh Toyota Motor. - AFP
Gambar menunjukkan prototaip Hoverboard yang dikeluarkan oleh Toyota Motor. – AFP

Projek ini “adalah contoh yang sangat baik benda mengkagumkan yang boleh dicapai apabila anda menggabungkan teknologi, rekaan dan imaginasi,” kata Mark Templin, timbalan presiden eksekutif Lexus International.

Pengujian akan dilakukan di Barcelona, Sepanyol “dalam tempoh beberapa minggu akan datang sehingga musim panas 2015,” menurut syarikat itu.

Pasukan Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu telah mendedahkan apa yang menurutnya hoverboard berfungsi yang dibiayai menerusi laman sesawang biayaan ramai Kickstarter.

Jepun memiliki kepakaran dalam teknologi apungan magnetik, yang menggunakan magnet eletrik untuk menggerakkan kenderaan.