Hoverboard cetus kebakaran semasa dicas

Hoverboard cetus kebakaran semasa dicas

SYDNEY, 5 Jan (AFP) – Sebuah rumah keluarga Australia ranap dijilat api apabila alat permainan hoverboard terbakar ketika ia masih dicas, kata pegawai hari ini.

Pihak berkuasa mengatakan hoverboard – hadiah Krismas – itu telah dicas didinding sebuah bilik kanak-kanak perempuan di Melbourne apabila ia terbakar.

Keluarga berkenaan sempat menyelamatkan diri selepas amaran kecemasan kebakaran berbunyi namun rumah berkenaan mengalami kerosakan yang teruk.

Hoverboard – yang realitinya seperti sejenis skuter elektrik mengimbang sendiri – menjadi popular dan kini dijual di Australia sekitar Aus$200 (AS$150).

Namun kebimbangan telah memuncak tentang bahayanya di lalu lintas jalan kaki atau jalan raya, isu keselamatan kepada penggunanya, dan laporan mengenai pengecas yang direka tidak sesuai sehingga mengakibatkan kebakaran.

Antara salah satu jenis Hoverboard yang terdapat di pasaran dan semakin popular pada masa kini. – Agensi
Antara salah satu jenis Hoverboard yang terdapat di pasaran dan semakin popular pada masa kini. – Agensi

Pada Disember pemerhati pengguna Australia mengatakan ia mendapati dua kebimbangan keselamatan berkaitan produk berkenaan – kebakaran yang berlaku di luar negara berpunca daripada rekaan yang tidak betul terhadap beberapa pengecas hoverboard dan kecederaan ke atas penggunanya jika terjatuh.

Bintang Hollywood, Russell Crowe baru-baru ini telah disekat daripada membawa hoverboard dalam penerbangan Virgin Australia, begitu juga dengan beberapa penerbangan lain yang menegah alat itu dibawa masuk ke kapal terbang.

Ayah kanak-kanak perempuan itu, Ash Ibraheim, mengatakan dia telah memastikan hoverboard yang dibelinya untuk tiga daripada empat orang anak perempuannya sempena Krismas memenuhi standard Australia.

“Kami mendengar terdapat banyak versi import yang tidak mematuhi peraturan, oleh itu kami memastikan kami mendapat yang alat yang sebetulnya,” katanya kepada Australian Broadcasting Corporation.

Menurutnya lagi dia merasa bersyukur yang kebakaran itu tidak meletus semasa anak perempuannya sedang tidur, kira-kira 10 minit selepas papan gelongsor elektrik itu dipasang untuk dicas,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA