HP umum PC premium baru

HP umum PC premium baru

KUALA LUMPUR, 10 Dis – HP baru-baru ini mengumumkan komputer peribadi (PC) premium baru yang memaparkan faktor eksklusif, reka bentuk industri yang anggun, paparan resolusi tinggi dan audio oleh Bang & Olufsen.

Setiap PC dilengkapi dengan pemproses berkuasa tinggi dan memberikan pengalaman Windows 10 yang menakjubkan.

Menurut HP, dengan lebih separuh daripada PC di dunia yang berusia lebih daripada empat tahun, kini sudah tiba masanya untuk faktor bentuk baru yang menarik, reka bentuk moden dan peranti berkuasa tinggi.

Peranti HP baru itu hampir setengah berat, satu pertiga ketinggian dan dua kali ganda jangka hayat bateri berbanding HP lama mereka dan menawarkan pengalaman yang tidak setanding dengan peranti lama.

Pada pelancaran, Kym Lim, Pengarah Urusan HP, berkata, “Kami sedang memasuki era menarik dalam ruang sistem peribadi dengan kemajuan besar dalam teknologi dan reka bentuk. Kejayaan produk yang kami umumkan hari ini adalah hasil persepaduan tiga pemimpin teknologi, HP, Intel dan Microsoft, untuk membawa keseronokan dan harapan kembali kepada ruang sistem peribadi. Kami berjaya mencapainya menerusi pembaharuan dan pengalaman menakjubkan untuk pengguna kami.”

PC baru HP yang memaparkan faktor eksklusif.
PC baru HP yang memaparkan faktor eksklusif.

“Apabila Windows 10 pertama dilancarkan, kami mengumumkan bahawa rakan kami akan mengeluarkan Windows terbaik. Hari ini, kami berasa gembira kerana dapat bergabung dengan HP dalam melancarkan inovasi terbaru yang menawarkan kepada pengguna pengalaman komputer yang lebih bersifat peribadi dan membolehkan mereka melakukan lebih banyak lagi,” kata Bruce Howe, Pengurus Besar, Kumpulan Rangkaian Pengguna, Microsoft Malaysia.

“Maklum balas pelanggan adalah menggalakkan tatkala lebih ramai sedang beralih kepada Windows 10 – pada 29 Julai, terdapat lebih 110 juta peranti yang menggunakan Windows 10 di seluruh dunia dan kami menjangka melihat lebih banyak lagi pada bulan-bulan akan datang.”

“Pengenalan produk HP terbaru pada hari ini memaparkan kerjasama yang kukuh di antara HP, Intel dan Microsoft untuk memberikan produk komputer yang inovatif. Dengan teknologi terbaru kami, model baru Intel RealSense dan pemproses 6th Gen Intel Core yang boleh diperoleh sekarang dalam produk komputer terbaru kami yang dilancarkan oleh HP, pengguna kini boleh mengalami komputer yang benar-benar menarik,” kata Summer Lemon, Pengurus Negara, Intel Malaysia dan Singapura.

ARTIKEL YANG SAMA