HR-V mantap dan selesa

HR-V mantap dan selesa

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Pengedar tunggal Honda, Happy Motoring Sdn Bhd hari ini melancarkan model SUV Crossover, Honda HR-V di bilik pamerannya di Gadong.

HR-V baru itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan Happy Motoring Sdn Bhd, Loh Kok Sin. HR-V yang bermaksud Hip and Smart Roundabout Vehicle ternyata dibangunkan berdasarkan ketegapan sebuah kenderaan SUV, ditambah lagi dengan ciri-ciri sportif dan coupe mengintegrasikan kemantapan fungsi dan keselesaan sebuah minivan.

Ia merupakan kenderaan sesuai dan ideal untuk generasi muda Y dan keluarga untuk pelbagai kegunaan, gaya hidup dan aktiviti santai.

Dengan rekaan luaran menggabungkan konsep Dynamic Cross Solid, ia membentuk garisan karakter bergaya ditambah lagi dengan kabin menarik dan kerangka rendah yang dinamik.

Pengarah Urusan Happy Motoring Sdn Bhd semasa melancarkan Honda HR-V.
Pengarah Urusan Happy Motoring Sdn Bhd semasa melancarkan Honda HR-V.

p12-2_20150522 p12-3_20150522

Manakala bahagian dalaman pula menampilkan Konsol Tengah Berdek Tinggi yang pertama dalam model Honda, mengadaptasi Brek Parkir Elektronik, menggantikan brek kaki/tangan. Rekaan menarik ini, memberikan pemandu dan penumpang hadapan rasa tersendiri ala sport coupe, manakala ruangnya yang luas memberikan keselesaan dan rasa tenang dalam atmosfera yang sofistikated.

Dari segi prestasi pula, seperti kenderaan Honda lain, HRV juga dibangunkan di bawah Teknologi Honda Earth Dreams yang memantapkan kedua-dua prestasi pemanduan dan penjimatan minyak. Ia dikuasai dengan enjin 1.8 liter, 141 PS pada 6,500 rpm dan tork 172 Nm pada 4,300 rpm dan transmisi 7 kelajuan CVT (Continously Variable Transmission, menambahkan lagi keseronokan pemanduan.

Ia juga menampilkan ciri-ciri satu sentuhan bagi antara muka termasuklah Paparan Sistem Audio 7 inci, sistem kemasukan kunci pintar dan sistem pencucuhan yang melancarkan lagi segala-galanya. Ciri-ciri standard lain termasuklah penukaran mudah audio di stereng, telefon mudah dengan Bluetooth, kawalan pengenalan suara Siri, USB dan dan HDMI port.

Honda juga sememangnya terkenal dengan teknologi yang mementingkan aspek keselamatan aktif dan pasif termasuklah beg udara hadapan SRS, Anti-lock Braking Sistem (ABS), Electronic Brake-Force Distribution (EBD), Vehicle Stability Assists (VSA), Hill Start Assist (HHSA), Emergency Stop Signal (ESS) dan kamera pandang sisi pelbagai sudut.

Orang ramai yang ingin melihat dan memandu uji HR-V baru ini, bolehlah mengunjungi bilik pameran Happy Motoring di Gadong.

ARTIKEL YANG SAMA