HSBC hargai pelanggan di Majlis Aidilfitri

HSBC hargai pelanggan di Majlis Aidilfitri

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Dengan hasrat untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dan sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan pelanggan mereka, HSBC Brunei mengadakan Majlis Pejabat Terbuka Hari Raya bagi pelanggan-pelanggannya dan keluarga mereka di Indera Samudra Grand Hall, Empire Hotel and Country Club, Jerudong, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh HSBC Brunei, di sini, hari ini, para pelanggan dan keluarga mereka dialu-alukan oleh pihak pengurusan kanan dan kakitangan HSBC termasuk Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Brunei, Todd Wilcox, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Perbankan Dagangan, HSBC Brunei, Lyndsay Rajah.

Di majlis itu, para pengunjung bukan saja dihidangkan dengan berbagai-bagai jenis juadah serta kesempatan bergambar, malah turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui acara cabutan bertuah seperti Televisyen Pintar Samsung 40 inci, jam tangan Apple, Apple iPad Mini dan juga tiket penerbangan ke Hong Kong, Singapura dan Kuala Lumpur.

Todd Wilcox dipetik menyatakan bahawa majlis itu memberikan peluang pihak HSBC untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim bersama para pelanggan mereka dalam suasana majlis perayaan.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada semua pelanggan mereka yang terus setia menyokong HSBC Brunei.

Todd Wilcox (2 kanan) ketika berkesempatan bergambar bersama para tetamu di pondok gambar di majlis itu.
Todd Wilcox (2 kanan) ketika berkesempatan bergambar bersama para tetamu di pondok gambar di majlis itu.
Salah seorang pemenang bertuah mendapat tiket penerbangan semasa cabutan bertuah di Majlis Pejabat Terbuka Hari Raya.
Salah seorang pemenang bertuah mendapat tiket penerbangan semasa cabutan bertuah di Majlis Pejabat Terbuka Hari Raya.

ARTIKEL YANG SAMA