HSBC kekal anjur Kejohanan Golf Dunia

HSBC kekal anjur Kejohanan Golf Dunia

SHANGHAI, 3 Nov (AFP) – Kejohanan Golf Dunia-HSBC akan kekal di China bagi tempoh lima tahun akan datang dengan peningkatan hadiah bernilai AS$9.5 juta, menurut pegawai hari ini, menjadikannya pertandingan paling kaya di luar Amerika Syarikat dan kejohanan utama.

Dalam pengumumannya pada Forum Perniagaan HSBC Golf di Shanghai, bank itu juga berkata ia melanjutkan penajaannya terhadap pertandingan terkaya Asia, LPGA AS, HSBC Women’s Champions di Singapura sehingga 2020, begitu juga dengan Kejohanan Jelajah Eropah, Abu Dhabi Golf Championship dan hubungan bersama Terbuka British sebagai penaung pertandingan.

Langkah itu dibuat selepas tempoh yang tidak pasti bagi HSBC yang terjejas dengan hukuman terhadap pembersihan kewangan di Switzerland dan manipulasi pertukaran asing di Britain, yang memaksa bank itu untuk mengetepikan AS$1.3 bilion untuk membayar denda oleh pengawal atur.

Tetapi sebarang kebimbangan bahawa portfolio penajaan sukan bank yang berusia 150 tahun itu, juga melibatkan Rugby Sevens World Series dan program perkembangan golf junior di Britain, Hong Kong dan China, akan terjejas sebagai akibatnya dikurangkan menerusi pengumuman semalam.

Kejohanan HSBC menjadi tumpuan bagi kalendar golf Asia sejak diasaskan pada 2005, sebelum menyertai siri Kejohanan Golf Dunia yang diadakan bersama oleh PGA AS, Eropah dan Jelajah Asia pada 2009, dan kadang kala digelar pertandingan “utama Asia”.

Gambar fail bertarikh 9 November 2014 menunjukkan pemain gol Amerika Syarikat Bubba Watson bergambar dengan trofi selepas menjadi juara Kejohanan Golf WGC-HSBC di Shanghai. – AFP
Gambar fail bertarikh 9 November 2014 menunjukkan pemain gol Amerika Syarikat Bubba Watson bergambar dengan trofi selepas menjadi juara Kejohanan Golf WGC-HSBC di Shanghai. – AFP

Kejohanan WGC-HSBC pada tahun ini bermula pada Khamis di Kelab Golf Sheshan di Shanghai.

Pemain nombor dua dunia, Jordan Spieth dan pemain rangking ketiga, Rory McIlory adalah di antara 41 dari 50 pemain terbaik dunia yang menyertai pertandingan elit 78 pemain yang berebut hadiah utama AS$8.5 juta minggu ini. Juara bertahan adalah pemain ranking keempat Bubba Watson.

Bermula 2016, acara itu akan kekal di Sheshan di timur bandar raya China, yang memiliki 24 juta penduduk bagi sekurang-kurangnya lima tahun dengan hadiah wang meningkat kepada AS$9.5 juta, memberikannya kesamaan dengan tiga acara WGC lain yang semuanya diadakan di AS dan menjadikannya pertandingan golf terkaya di luar AS atau kejuaraan utama.

“Ini adalah pagi yang menarik bagi HSBC sebagai sebahagian dari acara ulang tahun ke-150 tahun tetapi juga bagi golf,” pesuruhjaya Jelajah PGA AS, Tim Finchem memberitahu 300 delegasi industri golf yang berhimpun di hotel Shangri-La, Shanghai.

“Jika anda melihat kembali, kejayaan kejuaraan ini telah membuka banyak perkara di Asia. Saya meragukan jika kami berjaya dalam membawa Piala Presiden ke Korea tahun ini tetapi faktanya pertandingan ini menunjukkan apa yang boleh dicapai dengan golf di Asia.”

ARTIKEL YANG SAMA