HSBC kekalkan ibu pejabatnya di London

HSBC kekalkan ibu pejabatnya di London

LONDON/HONG KONG, 15 Feb – Syarikat perbankan global HSBC Holdings telah memutuskan untuk mengekal ibu pejabatnya di Britain, menolak opsyen untuk memindah pusat gravitinya ke pusat penghasilan keuntungan utamanya di Hong Kong selepas kajian semula selama 10 bulan.

Keputusan oleh lembaga HSBC, yang dikatakan sebulat suara oleh bank, memberikan satu rangsangan kepada status London sebagai pusat kewangan global, terancam sejak krisis kewangan 2008-09 akibat peraturan yang lebih ketat dan kos meningkat. Untuk Hong Kong, peluang untuk menarik bank terbesar Eropah kembali ke tempat asalnya dan ke pusat strategi pertumbuhan Asia telahpun lenyap sekarang.

Penganalisis menganggarkan kos perpindahan ke London pada AS$1.5 bilion hingga AS$2.5 bilion, jumlah yang banyak untuk diserap melainkan HSBC memperoleh pelepasan cukai dan kelebihan peraturan. Bagaimanapun, London mungkin menghadapi cabaran jika Britain mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah dalam referendum.

Hong Kong, di mana HSBC ditubuhkan kira-kira 150 tahun lalu dan di mana ia menggaji lebih daripada 20,000 orang, dianggap calon paling kukuh untuk perpindahan kerana ia menyumbang kepada 46 peratus daripada keuntungan sebelum cukai HSBC.

Namun pergerakan dalam pasaran China dan kebimbangan mengenao pengaruh China yang meningkat di Hong Kong bermakna ia dilihat sebagai berkemungkinan besar bank berkenaan akan berpindah ke London dalam beberapa bulan ini.

Gambar yang diambil pada 15 Februari 2015 menunjukkan sebuah pesawat Antarabangsa Swiss terbang lalu melintasi bangunan ibu pejabat HSBC di daerah kewangan Canary Wharf di timur London. – Reuters
Gambar yang diambil pada 15 Februari 2015 menunjukkan sebuah pesawat Antarabangsa Swiss terbang lalu melintasi bangunan ibu pejabat HSBC di daerah kewangan Canary Wharf di timur London. – Reuters

HSBC menekankan ia masih komited kepada strategi Asia di mana ia merancang melabur lebih di Delta Pearl River China, rantau perindustrian yang mempunyai lebih daripada 42 juta orang di utara Hong Kong yang telahpun menyumbang separuh daripada pendapatan HSBC di China.

“Mempunyai ibu pejabat kami di UK dan sebahagian besar perniagaan kami di Asia Pasifik memberikan faedah kepada stakeholder kami,” kata CEO Stuart Gulliber dalam kenyataan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA