HSBC kurangi 25,000 staf global

HSBC kurangi 25,000 staf global

HONG KONG, 9 Jun – Bank Hong Hongkong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) mengumumkan hari ini sehingga 25,000 pekerja akan dibuang sebagai sebahagian daripada penyusunan semula global yang membabitkan pengeluarannya dari Brazil dan Turki, sementara ia juga menimbang untuk meninggalkan London sebagai ibu pejabatnya.

Dalam satu kenyataan kepada bursa saham Hong Kong, ia juga berkata ia berhasrat menjimatkan AS$5 bilion dalam kos tahunan dalam tempoh dua tahun.

Pengumuman itu dibuat sebelum pengemaskinian pelabur pada lewat hari ini di mana Ketua Eksekutif Stuart Gulliver dijangka mengumumkan pembuangan beribu-ribu pekerja, menurut laporan.

“HSBC sedang menjalani penyusunan semula portfolio perniagaannya sekarang,” kata kenyataan tersebut.

“Ia sedang menggunakan semula sumber untuk menawan peluang pertumbuhan masa depan dan menyesuaikannya dengan perubahan struktur dalam persekitaran operasi,” tambahnya.

Gambar dirakam pada 9 Jun 2015 menunjukkan ibu pejabat HSBC tersergam di kawasan timur kota London. – AFP
Gambar dirakam pada 9 Jun 2015 menunjukkan ibu pejabat HSBC tersergam di kawasan timur kota London. – AFP

Bank menyasarkan untuk menjimatkan $4.5-$5 bilion dalam kos tahunan pada tahun 2017, termasuk menjual perniagaannya di Turki dan Brazil, kata kenyataan, menambah ia akan mengembang pelaburan di Asia.

Ia juga berkata ia menjangka menamatkan satu kajian semula mengenai lokasi yang sesuai untuk menempatkan ibu pejabatnya pada akhir tahun ini.

Satu laporan pengemaskinian pelabur daripada HSBC berkata hari ini terdapatnya 10 peratus pembuangan pekerja, berjumlah di antara 22,000 dan 25,000.