HSBC: Pesara Malaysia menyimpan lebih awal

HSBC: Pesara Malaysia menyimpan lebih awal

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Bakal pesara di Malaysia kini menjangka untuk menyimpan empat tahun lebih lama berbanding mereka sebelum ini untuk persaraan mereka, menurut penyelidikan terkini daripada HSBC.

Berdasarkan pandangan daripada lebih 1,000 orang di negara ini, generasi pesara pada masa ini mula menyimpan untuk persaraan mereka pada usia 33 tahun dan bersara pada 56 tahun, menyimpan untuk purata tempoh 23 tahun, menurut HSBC dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, laporan menunjukkan kumpulan umur bekerja di Malaysia kini mula menyimpan empat tahun lebih awal, pada usia 29 tahun, tetapi menjangka untuk bersara seperti mereka sebelum ini pada umur 56, bermakna mereka menghadapi purata 27 tahun simpanan persaraan – empat tahun lebih daripada pesara pada masa ini.

Menurut kajian, jurang paling ketara di China (14 tahun), Emiriah Arab Bersatu (12 tahun), Australia (11 tahun) dan Perancis (11 tahun), iaitu mereka yang bekerja kini menjangka untuk menyimpan lebih daripada sedekad lebih lama daripada pesara pada masa ini.

“Walaupun mula menyimpan untuk persaraan dengan lebih awal, ramai mereka yang bekerja masih tidak fikir mereka mempunyai simpanan yang mencukupi,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA