HSBC raih AS$6.1b sebelum cukai

HSBC raih AS$6.1b sebelum cukai

pg19_151103_b

HONG KONG, 2 Nov (AFP) – HSBC menyaksikan kenaikan keuntungan sebelum cukai bagi suku ketiga, sebanyak 32 peratus tahun ke tahun, berikutan faedah yang lebih rendah.

Bagaimanapun, pendapatannya telah merosot di tengah-tengah isu turun naik pasaran Asia.

Ketua Eksekutif Kumpulan HSBC, Stuart Gulliver berkata prestasi itu ‘berdaya tahan’, dengan keuntungan sebelum cukai pada AS$6.1 bilion dari AS$4.6 bilion pada suku yang sama tahun lepas.

Tetapi pendapatan itu terjejas oleh turun naik pasaran saham Asia dan turun empat peratus kepada AS$15.1 bilion.

HSBC mengumumkan pada Jun lalu ia akan mengurangkan tenaga kerja global sehingga 50,000 kakitangan dan menjual perniagaannya di Brazil dan Turki untuk mengurangkan kos.

“Langkah-langkah pengurangan kos tersebut telah mula memberi kesan kepada kos asas kami,” Gulliver berkata, tetapi menambah bahawa terdapat lebih banyak perkara lagi yang perlu dicapai.

Bank tersebut juga sedang membuat pertimbangkan bagi pemindahan ibu pejabatnya dari Britain, tetapi berkata terdapat “banyak perkara yang masih perlu dilakukan” sebelum keputusan itu dibuat.

“Walaupun sasaran kajian semula pada mulanya ditetapkan pada akhir tahun 2015, tetapi tarikh tersebut akan diperpanjang lagi sekiranya kajian lanjutan diperlukan oleh Lembaga,” kata laporan itu.