HSBC tarik diri taja WGC Shanghai?

HSBC tarik diri taja WGC Shanghai?

SINGAPURA, 17 Sept (Agensi) – Hongkong and Shanghai Bangking Corporation (HSBC) menimbang menamatkan penajaan kejohanan golf WGC-HSBC di Shanghai, apabila kontraknya berakhir tahun ini, seorang pegawai kanan memberitahu wartawan.

Ketua penajaan global HSBC, Giles Morgan berkata bank British itu pada masa ini sedang menilai penajaannya bagi kejohanan itu membabitkan sejumlah AS$8.5 juta salah satu dari empat Kejohanan Golf Dunia (WGC) yang diadakan di seluruh dunia.

Morgan menambah bahawa penajaan Kejohanan Wanita HSBC di Singapura, salah satu kejohanan LPGA Amerika Syarikat yang dilangsungkan di Asia, juga turut diletakkan dalam kajian semula.

“Ini adalah tahun terakhir portfolio kami dalam sukan golf, jadi kami dalam proses perbincangan dengan semua pihak,” kata Morgan pada sesi berasingan sempena persidangan industri Sports Matters di Singapura.

“Kami akan membuat pengumuman apabila kami sudah membuat keputusan dan kontrak sudah pun menghampiri penamatnya. Jadi proses akan membabitkan banyak perkara termasuk analisis dari pelbagai sudut termasuk faedah yang bakal kami peroleh.

“Dan selepas itu kami akan duduk semeja dan membuat keputusan. Kami kini sedang dalam proses berkenaan.”

Kejohanan Golf HSBC menjadi acara sukan golf utama di Asia sejak ia dimulakan pada 2005, sebelum menyertai penajaan bagi siri Kejohanan Golf Dunia yang membabitkan empat lokasi pada 2009.

Kejohanan WGC-HSBC pada November depan akan menjadi edisi ke-10 di kelab golf Sheshan di Shanghai. Ia turut diadakan di Mission Hills di Guangdong, di selatan China.

ARTIKEL YANG SAMA