HTC akan tampilkan Vive pada April

HTC akan tampilkan Vive pada April

BERLIN, 23 Dis (dpa) – Vive, sejenis alat seperti cermin mata berangka realiti maya baru dari HTC, akan dipasarkan pada April, terlewat daripada yang asalnya dirancang, umum syarikat itu.

Rancangannya kini akan pertama kali memperkenalkan prototaip jenis cermin mata semasa Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas, yang berlangsung pada 6-9 Januari, memberi laluan bagi penjualan itu yang bermula pada April.

Terdapat harapan awal yang peranti itu akan diumumkan pada hari-hari terakhir tahun ini.

Cermin mata itu direka dengan kerjasama Valve, yang mereka platform pertukaran Internet Steam. HTC rasa gogal itu akan digunakan dalam hiburan dan permainan, namun juga melihat potensinya dalam pendidikan, perubatan dan perdagangan.

Vive HTC akan dipasarkan pada April tahun depan.
Vive HTC akan dipasarkan pada April tahun depan.

Syarikat itu tidak menyatakan harga bagi Vive, namun ia akan didedahkan semasa CES.

Satu kemungkinan bahawa ia akan berharga lebih tinggi daripada set kepala realiti-maya seperti Oculus Rift dan Playstation VR, yang juga dijangkakan kemunculannya pada separuh pertama tahun 2016.

Samsung sudah menyiapkan cermin matanya Gear VR, yang direkanya bersama Oculus. Gear itu adalah tambahan bagi telefon pintar Samsung yang canggih, akan dijual kira-kira 100 euro.