HTC alami lebih banyak kerugian

HTC alami lebih banyak kerugian

TAIPEI, 5 Okt (AFP) – Pembuat telefon pintar Taiwan HTC Isnin melaporkan kerugian suku tahun kedua berturut-turut dalam tempoh tiga bulan hingga September, hanya beberapa minggu selepas mengumumkan untuk mengurangkan tenaga kerja bagi memulihkan perniagaannya.

Selepas cukai kerugian bersih pada suku ketiga adalah Tw$4.48 billion ($137.1 juta) berbanding dengan keuntungan sebanyak Tw$ 600 juta pada tempoh yang sama tahun lepas, kata syarikat itu dalam satu kenyataan memetik keputusan yang belum diaudit.

Jenama telefon pintar tempatan mengumumkan pada Ogos lalu ia akan mengurangkan lebih daripada 2,000 pekerjaan – pemotongan jumlah pekerja sebanyak 15 peratus – selepas kerugian yang paling besar yang pernah terjadi pada suku kedua.

Syarikat pembuatan telefon pintar Taiwan HTC dilaporkan mengalami kerugian pada suku tahun kedua berturut-turut dalam tempoh 3 bulan selepas mengumumkan untuk mengurangkan tenaga kerjanya. – Reuters
Syarikat pembuatan telefon pintar Taiwan HTC dilaporkan mengalami kerugian pada suku tahun kedua berturut-turut dalam tempoh 3 bulan selepas mengumumkan untuk mengurangkan tenaga kerjanya. – Reuters

HTC, sebuah sektor telefon pintar yang amat kompetitif, bergelut untuk mengekalkan kelebihannya sama seperti jenama Samsung, Apple dan jenama buatan Cina seperti Huawei yang mengembangkan bahagian pasaran mereka. Pendapatan HTC pada suku ketiga adalah Tw$21.4 bilion, hampir separuh daripada tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

HTC tidak membuat ulasan lanjut mengenai keputusannya Isnin atau penyusunan semula struktur perniagaannya. Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Cher Wang berkata pada bulan Ogos, syarikat itu akan menubuhkan unit perniagaan baru untuk memberi tumpuan kepada sesuatu bidang termasuk realiti maya.