Htin Kyaw angkat sumpah sebagai Presiden Myanmar

Htin Kyaw angkat sumpah sebagai Presiden Myanmar

NAYPYITAW/YANGON, 30 Mac (Reuters) – Anggota parti Sung Suu Kyi, Parti Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD) mengalirkan air mata hari ini apabila presiden pertama Myanmar mengangkat sumpah tanpa ikatan ketenteraan pada lebih setengah dekad.

Htin Kyaw, rakan rapat dan penasihat penerima anugerah Nobel itu, telah dipilih sendiri oleh Suu Kyi untuk mentadbir kerajaan Myanmar kerana perlembagaan yang didraf oleh bekas junta menegah pejuang demokrasi ini dari menduduki jawatan tertinggi.

Dalam ucapan ringkas kepada dewan perundangan, Htin Kyaw mengulangi pendirian Suu Kyi tentang pentingnya mengubah piagam 2008, yang mengukuhkan kedudukan berpengaruh tentera dalam politik, dan menggesa bagi perdamaian kebangsaan.

Para ahli undangan NLD beremosi di atas pencapaian selepas perjuangan selama beberapa dekad, termasuklah tahun-tahun apabila kebanyakan mereka dipenjarakan atau seperti Suu Kyi sendiri, diletakkan di bawah tahanan dalam rumah.

“Saya tidak tidur semalam. Ucapan Presiden kami U Htin Kyaw adalah sesuatu yang tidak pernah kami dengari sebelum ini di negara ini,” ahli undangan NLD Thiri Yadana, 28 tahun berkata.

Htin Kyaw (tiga kiri), bersama dengan Naib Presiden, Myint Swe (dua kiri) dan Henry Van Thio (empat kiri), mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan, Mahn Win Khine Than (kiri) dalam satu majlis di Naypyidaw kelmarin. - AFP
Htin Kyaw (tiga kiri), bersama dengan Naib Presiden, Myint Swe (dua kiri) dan Henry Van Thio (empat kiri), mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan, Mahn Win Khine Than (kiri) dalam satu majlis di Naypyidaw kelmarin. – AFP

“Beliau berjanji beliau akan berusaha untuk negara dengan menghormati pemimpin kami Aung San Suu Kyi. Itu adalah langkah yang besar dan ini telah berlaku kerana semua orang mara ke hadapan bersama-sama.”

Hubungan antara pasukan bersenjata dan Suu Kyi akan mentakrifkan kejayaan tanpa hubungan besar Myanmar dengan pemerintahan tentera sejak tentera merampas kuasa dalam tahun 1962.

“Kerajaan baru kami akan melaksanakan perdamaian kebangsaan, keamanan di negara, kemunculan perlembagaan yang akan membuka jalan kepada kesatuan demokrasi dan meningkatkan tahap kehidupan rakyat,” kata Htin Kyaw, yang mengenakan jaket ungu tradisi NLD.

“Kami mempunyai tugas untuk berusaha bagi kewujudan perlembagaan yang sesuai bagi negara kita dan juga mengikut standard demokrasi.”