Htin Kyaw buat lawatan pertamanya

Htin Kyaw buat lawatan pertamanya

NAY PYI TAW, 6 Mei (Xinhua) – Presiden Myanmar baru U Htin Kyaw berlepas dari Nay Pyi Taw pada awal hari ini untuk mengadakan lawatan muhibah satu hari ke Laos dan ia adalah lawatan luar negara pertama beliau selepas kerajaan baru berkuasa pada 1 April.

Atas jemputan rakan sejawatan Laos Bounnhang Vorachitch, lawatan U Htin Kyaw, diiringi oleh Kaunselor Negeri dan Menteri Luar Aung San Suu Kyi, diadakan lebih dua tahun selepas bekas Presiden Laos Choummaly Sayasone datang ke Myanmar untuk lawatan negara pada Disember 2013.

Hubungan dan kerjasama Myanmar-Laos dalam beberapa tahun ini telahpun dipaparkan dengan pembukaan jambatan persahabatan pertama di Sungai Mekong pada Mei tahun lalu. Jambatan itu, yang menghubungkan Tachileik, Myanmar di timur negeri Shan dan Wilayah Luang Namtha di Laos, dirasmikan oleh presiden kedua-dua negara pada masa itu.

Pembukaan jambatan persahabatan berlaku serentak dengan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatic di antara kedua-dua buah negara. Pembinaan Jambatan Myanmar-Laos sepanjang 691.6 meter bernilai 26 juta dolar itu pertama dikemukakan ketika lawatan sebelumnya ke Myanmar oleh Perdana Menteri Laos Thongsing Thammavong pada Julai 2011 dan projek itu bermula pada Februari 2013.

Dari kiri; Presiden Htin Kyaw, Aung San Suu Kyi, dan Myint Swe berada di lapangan terbang bandar Naypyidaw, Myanmar, kelmarin. – AP
Dari kiri; Presiden Htin Kyaw, Aung San Suu Kyi, dan Myint Swe berada di lapangan terbang bandar Naypyidaw, Myanmar, kelmarin. – AP

Negara rantau kecil Mekong itu menerima faedah daripada jambatan yang terletak di Koridor Ekonomi Utara yang menghubungkan Pelabuhan Haiphong di Vietnam dan pelabuhan laut dalam Kyaukphyu di Myanmar menerusi Laos.

Laos telah menyokong proses demokrasi dan usaha perdamaian negara Myanmar. Pemimpin kedua-dua negara itu berjanji akan mempromosi hubungan dan kerjasama dua hala dalam pembangunan luar bandar, pembasmian kemiskinan, sektor pelancongan, pendidikan, perhutanan, pertanian dan pembiakan haiwan ternakan.

Kedua-dua negara itu telah membentangkan pelan untuk pencegahan dan kawalan penyalahgunaan dadah di antara kedua-dua negara.

ARTIKEL YANG SAMA