Htin Kyaw diundi sebagai presiden Myanmar

Htin Kyaw diundi sebagai presiden Myanmar

NAYPYIDAW, Myanmar, 15 Mac (AFP) – Ahli-ahli undangan Myanmar hari ini melantik penolong rapat dan rakan lama Aung San Suu Kyi untuk menjadi presiden awam pertama negara itu dalam tempoh beberapa dekad, detik sejarah bagi negara yang sebelum ini diperintah oleh junta.

Htin Kyaw, 69 tahun, telah meraih 360 dari 652 undi dua dewan undangan Myanmar yang memberi laluan baginya untuk berkhidmat sebagai wakil bagi penerima anugerah Nobel itu yang mengikut perlembagaan ditegah dari menjadi presiden. Ahli undangan bertepuk sorak selepas kemenangan Htin Kyaw diumumkan selepas pengiraan undi yang mengambil masa lama di bandar Naypidaw.

“Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa Htin Kyaw telah dilantik sebagai presiden dengan undi banyak,” speaker parlimen Mann Win Khaing Than memberitahu ahli undangan.

Presiden Myanmar yang baru dipilih, Htin Kyaw, meninggalkan parlimen di Naypyitaw, Myanmar kelmarin. - Reuters
Presiden Myanmar yang baru dipilih, Htin Kyaw, meninggalkan parlimen di Naypyitaw, Myanmar kelmarin. – Reuters

Myanmar di tengah peralihan dari negara paria terasing dan tertekan menjadi negara yang pantas membukakan demokrasi yang bercita-cita. Dalam bulan November lalu, parti Suu Kyi, Liga Kebangsaan Demokrasi telah meraih kemenangan besar pada pengundian, yang membolehkan partinya mendominasi dua majlis undangan Myanmar.

Tetapi ketenteraan masih berpengaruh di negara Asia Tenggara itu dan enggan mengubah klausa dalam perlembagaan era junta yang menghalang Suu Kyi dari memegang jawatan tertinggi. Aktivis veteran itu sebaliknya berikrar akan memimpin ‘di atas’ pemimpin seterusnya.

ARTIKEL YANG SAMA